Saturday, April 4, 2009

Sama-sama doakan

Assalamaualaikum sahabat2 teman2 yang dikasihi semua...

Minggu depan ni insyaAllah saya akan pulang ke kampung (SARAWAK) untuk ziarah ayah yang kuarang sihat yang ingin melihat wajah anak2nya.Walaupun dalam masa yang getir dekat dengan peperiksaan, tapi bila difikir semula, kalau berpuluh tahun dahulu mereka boleh meluangkan masa untuk melayan kita, kenapa kita pula tidak mampu?

Apa yang ingin saya kongsi di sini, bila mana yang masih ada mak & ayah hargailah mereka sementara masih berkesempatan menatap wajah kedua-duanya.Jangan jadikan alasan sibuk, tiada duit untuk balik, banyak kerja dan sebagainya untuk dijadikan alasan kederhakaan kita terhadap keduanya....

Yang paling penting sekali, junjunglah amanah mereka setinggi mana dan bayangkanlah ketika majlis konvokesyen di mana anatara orang yang paling bahagia adalah mereka.Merka bukan nakkan duit kita yang banyak, cukup sekadar ingatan yang berpanjangan daripada anak2 dan komitmen anak2 terhadap amanah mereka menghantar kita ke sekolah....

Akhirnya, saya mohon sama2 kita doakan kesihatan dan kebahagiaan mak ayah kita dan kita bermohon supaya sempat menabur jasa merka walaupun hakikatnya tidak mungkin terbalas.

BILA SETIAP YANG BARU INGIN TUNJUK HERO....BAHAYA DUNIA INI!!!

Assalamualaikum wbt...

Hari ini lahir seorang pemimpin baharu bagi Malaysia. Baharu tak baharu bukan diukur dari orangnya tetapi pendekatan yang ingin dibawanya.Persoalan pemimpin silih berganti namun dasar sekiranya tetap meletakkan Islam nombor 2, maka kita tidak gelarkan ianya sebagai pertukaran tetapi hanya penyusunan semula fail2 yang tidak tersusun yang mana maklumatnya tidak di'update' bertahun lamanya.

Yang kita percaya hanyalah bila Islam memerintah, barulah dunia ini berada di alam pertukaran. Selain Islam, kita harus menolaknya daripada menjadi dasar kepada pemerintahan sesebuah daulah Islamiyyah. Fenomena hari ini, setiap pemimpin baru yang lahir mengingin atau mengejar untuk membuat perubahan. Kita bukan terlalu melihat perubahan tersebut, tetapi sejauh mana keikhlasan yang terbit dalam jiwanya untuk membantu agama Allah SWT.

Fikir sejenak,renung dan muhasabah kembali dan ingat hadis nabi, kadang-kadang berfikir seketika bakal mendatangkan manfaat lebih daripada beribadat 100 tahun. Wahai manusia, serulah kamu kepada kebaikan dan taatilah pemimpin atau ketua kamu yang baik dan jangan berpaling daripada Islam.

Apa tugas kita? TENGOK?DENGAR?LIHAT?. Persoalan mudah untuk kita berfikir. Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi aaa...pandai2lah...Sama-sama kita merenungnya...