Tuesday, May 27, 2008

DoaKu Buat kakanda

Nukilan : Salmanrazeni : 0103 am

khas buat kakandaku yang diuji Allah.


Tenang pantai tiada terusik

Sedang berkhidmat cara yang terbaik

Hati ikhlas untuk mendidik

Tatkala ia diperlukan oleh adik-adik

Kakandaku

Sesungguhnya bahtera pelayaranmu amat sukar

Namun ia mengajar realiti hdup ini

Setiap yang berbakti pasti tidak disenangi

Itulah antara fitrah insan dunawi

Kakandaku

Teruskan berdoa

Doa senjata kita

Dari musuh-musuh yang inginkan kita jatuh

Tidak mengapa…

Itu semua ranting-ranting cabaran

Kerana cabaran terbesar adalah menemu Pencipta

Di hari muka

Tatkala itu

Percayalah kakandaku

Tuhan akan tunjukkan yang mana kopi yang mana madu

Hanya Ia yang tahu

Betapa hati ini runsing

Akan kezaliman yang mungkin tidak nampak

Sedangkan meletakkan yang bukan pada tempatnya

Ialah kezaliman terhadap pengaturan Tuhan

Kakandaku

Kita berpegang pada prinsip

Jangan gusar akan bisikan manusia

Kerana kita yakin

Janjinya pasti bagi mereka yang bertaqwa.

Di mana pun kita…

Pasti berkhidmat untuk agama.

Saturday, May 24, 2008

Hadis ke-40


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Pandangan sendiri atau Ikut Al-Quran?

Seksi … ?/#$!

Hari ini kita menyaksikan

Satu lagi alkisah menceritakan

Perkara yang mustahak diringankan

Ada pula yang keterlaluan

Ada yang kata yang nipis itu seksi

Ada juga yang turut menafi

Bila ditanya beberapa menteri

Kebanyakan memberi pendapat peribadi

Hari ini kita menyaksikan

Ramai mengambil perkara ini ringan

Tanpa merujuk sunnah dan Al-Quran

Tanpa memikir balasan Tuhan

Punca rogol dikatanya bukan

Cara bersosial itu disalahkan

Tapi kena beringat wahai insan

Zina berpunca pakaian tak sopan

Cara pakaian jangan dipinggirkan

Kerana ia sunnah yang digariskan

Berbalik kita kepada Al-Quran

Supaya selamat sepanjang zaman

Matlamat Perjuangan MPP

Penyokong vs. Pendokong dalam perjuangan

Nukilan : 24 Mei 2008 : 06.08 p.m

Salman Razeni

Di mana anda?

Penyokong sejati atau pendokong setia

Perjuangan yang suci ada kedua-duanya

Matlamat mereka Allah Taala

Tidak hirau apa yang dikata

Ukhuwah terbina di dalam keluarga

Pentingkan diri pemusnah utama

Dalam perjuangan ke jalan yang Esa

Berjuang tidak kira di peringkat mana

Berjuang tidak kira berhadapan siapa

Berjuang tidak kira dengan cara bagaimana

Persoalannya?

Berjuangnya kita untuk siapa?

Berjuangnya kita bermotifkan apa?

Berjuangnya kita sasarannya di mana?

Jangan biarkan iman berkata

Aku sekadar mengikut arahan ketua

Pergi ke sini dan pergi ke sana

Matlamatku kabur entah ke mana

Jangan biarkan hati meronta

Bertemu Allah di hari muka

Dia mengetahui apa segala

Berjuang rela atau berdusta

Jangan dibiar diri kita

Pembakar kepada api neraka…

Berjuanglah dengan rela..

Jangan takut pada tohmah dan cerca

Kerana semuanya adat biasa

Seorang pejuang yang mengharap redhaNya.

Friday, May 23, 2008

7 golongan akan dapat naungan di akhirat

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

· Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

· Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

· Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

· Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

· Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

· Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

· Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera

Kepada semua pembaca blog ini terutamanya warga UMP yang saya kasihi. Tanggal 20 dan 21 Mei 2008 yang lepas kami barisan YDP telah bersidang dan bermesyuarat atas tujuan membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan mahasiswa dan isu-isu semasa. Dalam sidang tersebut kami telah bersetuju untuk menghantar satu resolusi kepada KERAJAAN MALAYSIA berhubung beberapa perkara. Jadi, kita mohon sama-sama agar suara kita didengari dan yang paling penting membantu para mahasiswa terutama dari aspek kebajikan. Saya yang mewakili UMP berharap agar resolusi ini menjadi titik tolak kepada perubahan hidup mahasiswa di UMP terutamanya. Antara perkara yang di"highlight" dalam resolusi tersebut termasuklah isu PTPTN, isu berkaitan AUKU, berkaitan internet, sensitiviti agama, bantuan Myanmar dan Sichuan, berkaitan kebajikan mahasiswa dari sudut harga barang naik dan lain-lain.


RESOLUSI PERSIDANGAN YDP-YDP MALAYSIA

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA


OBJEKTIF RESOLUSI

1. Menyatakan pendirian mahasiswa berhubung dengan beberapa isu.

2. Meminta pihak kerajaan menilai resolusi ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3. Memberikan cadangan kepada pihak kerajaan berkaitan beberapa isu.

4. Memastikan kebajikan mahasiswa terbela.

5. Memohon sokongan daripada pihak kerajaan atas cadangan yang dibangkitkan.


** Resolusi boleh dilihat di ruangan "announcement board" dalam e-community UMP.(tarikh 24 Mei 2008)


Sekian,

( SALMAN BIN RAZENI )

** Atas kebenaran/persetujuan YDP-YDP IPTA seluruh Malaysia.

Yang Dilihat Prestasinya

Nukilan :24 Mei 2008 : 0620 am

Amanah…

Kata hikmah yang sering aku pegang

Tidak kira malam tak kira siang

Penat lelah tidak pernah terbayang

Hanya kerana menjalankan apa yang sudah dipegang

Bukan jawatan yang dipandang

Kerana tugas ini tiada berwang

Hanya niat yang jelas yang Allah pandang

Prinsip tersebut tidak pernah hilang


Tatkala individu lain bergelar pelajar bersama keluarga

Kami tiada itu semua

Hanya memikirkan masalah yang tiba

Supaya orang lain tidak bertanya

Adakah engkau tidak buat kerja?


Namun…

Aku yakin dan percaya

Kerja ini kubuat bukan kerana manusia

Bukan kerana nama

Bukan kerana harta

Kerana ku pasti janjiNya ada

Biar manusia lain buta

Dilhatnya aku tidak bekerja

Asalkan dihitung nilai di sisiNya


Terkadang terasa diri terhina

Oleh kata-kata yang tidak berpunca

Bila ditanya apa masalahnya

Tiada pula jawapan untuknya


Tapi ana yakin ana percaya

Kalau jawatan yang diutama

Beberapa bulan lagi ianya bakal tiada

Jika harta ukuran pencapaian

Tiada satu sen pun yang pernah ana ada

Jika nama menjadi tujuan

Ia sebenarnya penghinaan bagi ana di dunia

MasyaAllah…


Mata penaku yang terakhir

Ana bermohon dan bersujud

Kita muhasabah dan bertahajjud

Sama-sama menghargai satu dengan yang lain

Keharmonian bersama janjiNya mungkin

PULAU OH PULAU

PULAU...OH...PULAU

Nukilan: 23 Mei 2008 : 12:15 PAGI

Hari ini hati berkecamuk

Tsunami terus bergolak

Menanti keadilan yang tertegak

Dalam keadaan yang tiada teragak


Namun aku sudah tahu segalanya

Corak rezeki negaraku Malaysia

Terkadang dihimpit perasaan hiba

Apakan daya tiada berkuasa

Hanya menyaksi berlaku fenomena


Hampir separuh perjalanan tahun

ICJ bersidang beberapa kurun

Membangkit hal ehwal tamadun

Sidang jelata menjadi gerun

Menanti hak rakyat serumpun


Di mana salah di mana silap

Pulau berdaulat kininya lesap

Ibarat masuk angin keluarnya asap

Pening kepala peguam nak jawab


Namun segala takdir penentu

RancanganNya jelas sudahlah tentu

Biar kita semua tak tahu

Hikmahnya pasti ada di situ

Kita hanya menunggu…


Janganlah bongkak wahai manusia

Kerana kita hanya pandai berbicara

Pernah ditanya apakah kerja?

Sumbangan kita untuk agama.