Saturday, April 24, 2010

kampung BRUIT, Siapakah yang patut membela nasib kita???Tepuk dada jangan tanya selera kerana selera manusia tidak pernah puas mengecapi kemewahan...

Assalamualaikum...di kesempatan berada di kampung ni, terasa ingin berkongsi serba sedikit kepada sahabat-sahabat gambaran kampung Bruit, Daro yang terletak di Pulau Bruit (boleh search google).Kampung ni kalau nak sampai boleh melalui sibu (naik speedboat) atau daro (speedboat) atau mana-mana tempat dengan speedboat juga..he3.Tapi apa yang saya nak gtau dan kongsi, kami dah lama tiada air bersih....hmmmm.tak tahu bila dan siapa akan bela nasib penduduk kampung. Tapi kepada anak-anak muda, kita jangan asyik menunggu bantuan.Kita mesti bangkit. Jangan kita dok tunggu orang bagi. kita kena bersuara sikit. Jom bangkit!!! Walau siapa pun kita, apa jawatan kita, ini kampung kita!! kampung halaman kita.....


Gambar kawasan Kampung Bruit

Tapi yang syoknya, Kampung bruit ni adalah tempat lubuk udang merah...sekarang ni tengah musim udang.memang banyak.jom tengok perkongsian ini.





Saturday, April 3, 2010

taubat : My Name is KHAN

I'm not Salman Khan. I'm Salman bin Razeni....sengaja memilih tajuk di atas sempena judul sebuah filem baru hindustan "my name is Khan" lakonan Shah Rukh Khan.....


Ternyata filem ini mampu menyentuh hati ana apabila terkenangkan diri ni yng terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah SWT. Tertanya dalam fikiran masih adakah lagi ruang pengampunan daripadaNya. Ini adalah pengakuan ikhlas ana bila ana menonton filem tersebut, hati ana tersentuh melihat kehidupan seorang muslim di dalam suasana yang bukan islam...Hati tersentuh bila melihat Islm yang sentiasa dihina tetapi diri ana ni masih lagi terus menerus lalai dalm perintah dan tidak terlepas melakukan dosa dan maksiat sama ada sengaja atau tidak...
Ya Allah, ampunilah hambaMu yang hina ini. Bukakanlah pintu taubatMu ya Allah. Jangan Engkau hitamkan hati ini daripada terus mendapat hidayah dariMu ya Allah.

Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan, terasa malu memohon keampunan Mu ya Allah...Ampunilah daku, jangan Engkau masukkan aku ke dalam neraka dan jauhilah aku dari siksa Mu ya Allah....

Allahumma ya Allah, pelihralah iman ku ini ya Allah walaupun ku tahu ianya cuma sedikit...jgalah ia akan daripada melakukan maksiat kepadaMu ya Allah...

Astaghfirullahal'aziim.... Astaghfirullahal'aziim... Astaghfirullahal'aziim

Saudara teman-teman yang dirahmati Allah sekalian. Doakan ana dan sama-sama kita doakan untuk Allah menerima taubat kita semua.Mohon supaya kehidupan kita mendapat barakahNya di dunia dan akhirat....
amiin...Harap maaf sekiranya banyak terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan...

Wallahualam.