Sunday, June 26, 2011

Peringatan semula : KHUTBAH WIDA' Rasulullah

Ibnu Mardawih RA telah mengeluarkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: Rasullullah SAW telah mengerjakan Haji Perpisahan. Baginda membuat halaqah dihadapan pintu Kaabah,
Baginda bersabda: “Wahai Manusia! Mahukah kamu beritahu alamat Qiamat?", Maka bangunlah Salman R.A sambil berkata: Sila beritahu kami, ayah dan emak saya menebus(membela) diri Tuan.
Baginda bersabda: Setengah daripada alamat Qiamat itu adalah:

* 1. Mencuaikan Sembahyang.
* 2. Dan menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat).
* 3. Dan memuliakan hartawan.

Salman R.A bertanya: Apakah berlaku perkara ini?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana diriku ditanganNya
Ketika itu wahai Salman R.A:

* 4. Dan memuliakan hartawan.
* 5. Dan Hasil kekayaan yang diambil daripada peninggalan orang kafir atau sebagainya menjadi rebutan.
* 6. Dan dipercayai kata-kata pembohong.
* 7. Dan didustakan (ditolak) kata-kata orang benar
* 8. Dan memberi amanah kepada orang yang khianat.
* 9. Dan dikhianatkan orang yang amanah.
* 10. Dan bercakap dikhalayak ramai oleh orang yang tidak sepatutnya bercakap.
* 11. Dan ditolak akan kebenaran Al-Quran dan Sunnah oleh 9 dari 10 mereka.
* 12. Dan lenyaplah Islam, hanya tinggal namanya sahaja.
* 13. Dan Al-Quran diabaikan kehendak dan tuntutannya, Hanya tinggal tulisannya sahaja.
* 14. Dan dihiaskan Al-Quran dengan tinta Emas
* 15. Dan kaum lelaki menjadi gemuk(lemak).
* 16. Dan pendapat kaum wanita dipatuhi didalam mesyuarat.
* 17. Dan anak-anak muda(remaja) membaca khutbah diatas mimbar.
* 18. Dan akan berkhutbah oleh kaum wanita.
* 19. Dan ketika itu dihiaskan masjid sepertimana dihiaskan gereja Kristian dan Kuil Yahudi.
* 20. Dan ditinggikan binaan menara masjid.
* 21. Dan akan ramai orang yang mengunjungi masjid tetapi hati mereka saling benci membenci.
* 22. Dan mereka bertengkar/bertikam lidah didalam masjid.
* 23. Dan mereka berkumpul untuk hawa'.

Salman R.A lagi: Apakah perkara ini akan berlaku demikian itu, wahai Rasulullah SAW?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SAW yang mana diriku ditanganNya:

* 24. Ketika itu keadaan orang mukmin lebih hina daripada hamba sahaya perempuan. Hancur hatinya bagai hancurnya garam dalam air kerana
terlalu sedih melihat amalan mungkar yang berlaku yang tidak berdaya disekat dan diubahmya.
* 25. Dan kaum lelaki didalam memuaskan nafsunya pada kaum sejenis (Amalan kaum Lut) manakala kaum wanita juga pada kaum sejenisnya.
* 26. Dan dicemburui kepada remaja comel bagaimana dicemburui anak dara.
* 27. Ketika itu wahai Salman, Pemerintah terdiri dari golongan fasik.
* 28. Dan manakala menterinya pula dari golongan yang jahat.
* 29. Dan Pemegang amanah pula dari golongan pengkhianat, Mereka mencuaikan sembahyang dan menurut hawa nafsu. Sekiranya kamu berada dizaman itu, maka kerjakan sembahyang ketika masuk waktunya.
* 30. Ketika itu Salman! Datanglah tentera-tentera upahan dari timur dan barat, Tingkah laku mereka seperti maanusia manakala hati mereka seperti syaitan(sentiasa merancang kejahatan), Mereka tidak kasihan belas kepada golongan muda dan tidak menghormati golongan tua, Ketika itu wahai Salman R.A!, Ramai orang berkunjung ke Baitullah kerana mengerjakan Haji.
* 31. Raja dan Pemerintah berkunjung ke Baitullah untuk berseronok dan makan angin/melancung.
* 32. Dan manakala golongan kaya dan korporat pergi ke Baitullah kerana urusan perniagaan.
* 33. Dan disamping itu golongan miskin pula kerana memohon derma dan sedekah
* 34. Dan manakala golongan Ulama' dan Qori mencari nama dan kemegahan.

Bertanya Salman dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara seperti itu?,
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang mana nyawaku ditanganNya. Ketika itu wahai Salman RA:

* 35. Dusta dan pembohongan menjadi perkara lumrah dan tersebar dengan meluas.
* 36. Dan akan muncul bintang berekor.
* 37. Kaum wanita giat membantu suami mereka dalam perniagaan.
* 38. Pasar dan kedai berdekatan

Salman RA bertanya: Apakah dimaksudkan dengan berdekatan?
Baginda menjawab: Merosot perniagaan dan kurang keuntungan, Ketika itu wahai Salman RA!, Allah akan membangkitkan ular kuning yang akan menyambar kepala Ulama'-ulama' yang melihat amalan-amalan mungkar dilakukan tetapi tidak emnghalangnya dan mengubahnya.
Bertanya Salman RA dengan perasaan hairan: Apakah berlaku perkara yang sedemikian?
Baginda menjawab: Ya demi Allah SWT yang membangkitkan Muhammad yang dengan Agama yang benar.

Tafsir Al-Dhuree Manthur(Al-Iman Al-Syayuhi RA)


Rakan rakan dan teman-teman sekalian, kita lihat majoriti daripada apa yang diwasiatkan oleh Rasulullah itu telah banyak berlaku dan ada di antaranya yang telahpun menjadi kebiasaan. mari kita renung sejenak, banyak mana kita menipu, banyak mana kita melakukan dosa dan kemungkaran....tepuk dada tanyalah iman. (untuk mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa ini)

Saturday, June 4, 2011

Senyum


Peribadi Rasulullah:

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Senyum adaah sedekah yang paling mudah dibuat namun ianya sering dilupakan dan terkadang sengaja dilupakan. Manusia seolah-olah tidak inginkan kelebihan yang Allah tawarkan.Rasulullah telah mengigatkan kita supaya jangan mengabaikan amalan senyum ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.

Ada 15 perkara yang boleh kita kongsi mengenai senyum. Mungkin bermanfaat untuk kita semua. Walaupun tidak amalkan semuanya, satu pun telah mencukupi. Antara amalan yang disukai Allah ialah sampaikan ilmu dan ilmu tersebut diamalkan oleh orang lain walaupun sedikit.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Kita juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakansesebuah ikatan.


15. Ada pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Justeru, saya juga enyeru diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita senantiasa senyum. Tapi kena beringat senyuman biar bertempat dan biarkan keikhlasan terpancar daripada senyuman kita itu dan ianya bermanfaat kepada yang memandangnya. :-)