Thursday, August 18, 2011
Pesan P.Ramlee
Nujum Masai : Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.
Pak Belalang : Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai : Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang : Itu senang saja. Jawabnya Terawih!!
Nujum Masai : Jelaskan.
Pak Belalang : "1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih..^__~
10 Ramadhan Terakhir
Assalamualaikum wbt...
Rasanya baru semalam saya mengeluarkan post di bawah bertajuk 10 Ramadhan. Malam ini kita akan masuk ke fasa ke-3 ramadhan yakni fasa terakhir. Fasa yang sinonimnya dengan fasa pembebasan daripad api neraka (Amiiin).
PERLUMBAAN
Saya tertarik dengan salah satu kata-kata pentazkirah sewaktu terawikh di masjid-masjid iaitu di bulan ramadhan ini kita diibarat berlumba.Kita semua sebenarnya dalam suatu perlumbaan bahkan Allah SWT sendiri menggunakan perkataan lumba dalam al-quran untuk menunjukkan bahawa ramadhan ini adalah untuk orang yang berjaya dalam perlumbaan itu.Barangsiapa yang memastikan persiapan untuk berlumba ini lengkap dan terbaik maka insyaAllah jentera atau mesin yang dipandunya itu akan bisa memberi saingan kepada pelumba-pelumba yang lain.
SOLAT SUNAT TERAWIKH
Salah satu contoh bentuk perlumbaan yang ketara ialah mengenai solat terawikh. Semakin hari kebiasaanya jumlah jemaah yang mengerjakan solat sunat terawikh akan mara ke hadapan. (bukan makin bersemangat tapi saf makin ke depan...hehe). Ini menunjukkan bahawa jemaah lain yang pada hari pertamanya atau minggu pertamanya berada dalam perlumbaan telah tewas di tengah jalan. Ini disebabkan sama ada enjinnya rosak, keletihan memandu lama, Ingin memandu sendiri atau sebagainya yang menyebabkan dia tidak dapat bersama dengan bakal pemenang perlumbaan itu nanti. Sesiapa yang kalah ini tadi sudah pastinya tidak mendapat nikmat berada di podium kemenangan untuk menerima hadiah dan mendapatkan penghargaan.
Kronologi ini dipakai kerana ia sangat mudah untuk difahami. Ia adalah pilihan kita sama ada untuk menang atau kalah. Peluang senantiasa terbuak dan walaupun sudah kalah di tengah jalan, pelumba yang tewas ini tadi masih boleh masuk ke litar untuk kebali berlumba namun ia terpaksa bekerja lebih memandangkan dia telahpun ketinggalan beberapa pusingan sebelum ini.
InsyaAllah teman-teman, kita cuba untuk pertingkatkan diri untuk kekal berada dalam perlumbaan ini yang mana musim perlumbaan tidak selalunya ada dan kerana kita khuatir kita tidak dapat berlumba untuk perlumbaan yang lain.
Sekian, untuk peringatan sendiri terutamanya.
Wallahualam.
Wednesday, August 10, 2011
10 ramadhan
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita dah sampai hari ke sepuluh dan tak disedari juga malam ni kita baru sahaja masuk fasa kedua ramadhan yakni fasa keampunan....
Sewaktu terawikh tadi, rasa lapang dada dan gembira pun tak terkata...bukan apa terlihat budak-budak kecil yang bersolat terawikh bersama sehingga rakaat yang ke 23 (termasuk witr). Jarang sekali kita dapat lihat anak-anak kecil bertarawikh sehingga penghabisan dalam zaman sekarang. Bermain secara berhabis habisan ada kita tengok...Bak kata Alllahyarham Tan Sri P.Ramlee,,jarrrrang-jarrrrrang....hehe
Suka mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian, sementara peluang terhidang ini, rebutlah kerana ianya belum tentu berulang untuk setahun akan datang. Kudrat kita siapa yang tahu kecuali Allah SWT...
Wallahualam...
Sewaktu terawikh tadi, rasa lapang dada dan gembira pun tak terkata...bukan apa terlihat budak-budak kecil yang bersolat terawikh bersama sehingga rakaat yang ke 23 (termasuk witr). Jarang sekali kita dapat lihat anak-anak kecil bertarawikh sehingga penghabisan dalam zaman sekarang. Bermain secara berhabis habisan ada kita tengok...Bak kata Alllahyarham Tan Sri P.Ramlee,,jarrrrang-jarrrrrang....hehe
Suka mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian, sementara peluang terhidang ini, rebutlah kerana ianya belum tentu berulang untuk setahun akan datang. Kudrat kita siapa yang tahu kecuali Allah SWT...
Wallahualam...
Subscribe to:
Posts (Atom)