Assalamualaikum wbt & salam aidilfitri..
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran semestinya kita rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya sekali lagi mengharungi ibadah puasa selama sebulan yang lalu. Alhamdulillah juga kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut syawal pada tahun ini,2011 bersama insan insan tersayang.
Tentunya tanpa rahmat dan belas Allah SWT kita tidak mungkin akan dapat merasakan nikmat berhari raya dan tanpa rahmatNya juga kita mungkin akan bertemu dengan malaikat dan tidak berjumpa lagi dengan saudara mara kita.
Adapun ramadhan menkehendakkan kita menunaikan perintah Allah SWT selama sebulan, namun perlu kita ingat akan kata-kata ramadhan medan tarbiah. Memang benar, medan ramadhan yang hanya sebulan itu akan hanya dapat dinilai keberkesanannya pada bulan-bulan berikutnya. ia membezakan antara amalan setiap individu yang menjadikan ramadhan mereka sebulan yang lalu sebagai ramadhan al-mubarak. berlainan dengan hanya yang berpuasa daripada makan & minum tanpa mengambil iktibar apa erti ramadhan yang sebenarnya.
Ramadhan yang sebulan tidak boleh dijadikan tali pengukur kepada kejayaan seseorang individu dalam ketekunan melaksanakan perintah Allah sebaliknya baki 11 bulan berikutnya adalah penentu dan tali ukur kepada keberkesanan pelajaran ramadhan yang telah ditempuhi selama sebulan berlalu.
kalau di bulan ramadhan, dia dapat bangun sahur jam 4 pagi, mengapa di bulan berikutnya bangun subuh jam 5 pg pun amatlah berat.Kalau ramadhan dia boleh mengawal nafsu amarah, nafsu melihat perkara mungkar, nafsu makan minum, nafsu berbelanja, nafsu melakukan perkara sia-sia, mengapa di bulan yang lain ia menjadi sukar? Apa beza hari-hari di bulan ramadhan dengan hari-hari di bulan yang lain. Sama panas sejuknya, sama tempoh 24 jamnya, sama pagi dan malamnya...Apa beza?
Tepuk dada tanya jiwa dan tanya iman.
Wallahualam. Renungan untuk yang menulis dan yang terbaca akan sedikit perkongsian ini.
Sekian,
Salman Razeni @ Bintulu,
Sarawak.