Sunday, June 28, 2009

SELAMAT DATANG :: Ahlan Wasahlan




Assalamualaikum wbt...
TAHNIAH!!! kepada semua para mahasiswa & mahasiswi yang terpilih melangkah ke Universiti Malaysia Pahang. Yakinlah dan percayalah anda semua sedang melangkah ke era kehidupan paling seronok, mencabar, paling menggugat keimanan. Hanya yang tidak lalai mampu bertahan dengan dugaannya.Tanamkan azam untuk menjadi baik kerana permulaan yang baik dimulakan dengan niat/azam yang baik. Kepada adik-adik siswa/i jangan abaikan amanah ibu ayah yang pada hari pendaftaran saya melihat kesungguhan dan kegembiraan wajah ayah/ibu menghantar anak-anak mereka ke menara gading. Gud luck and be your best,grab the opportunity.....Syukran.

Monday, June 22, 2009

Aku Banyak Kelebihan !!!


Assalamualaikum wbt,

Bila berkisar mengenai akhlak, kita tidak mampu lari dari kenyataan bahawa akhlak bermula dari hati dan ianya adalah bunga diri bagi seseorang mukmin. Ramai orang berkata, tidak mengapa akhlak kurang elok asalkan dia sembahyang, beribadat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saudara/i dan kita semua patut beringat dengan hadis Nabi SAW yang ada menyebut ibadah adalah pencegah kepada kemungkaran dan dosa.Jadi, jika ibdah kita tidak mampu merubah akhlak kita, maka pastinya ada yang tidak kena akannya. Kita tidak digalakkan berbangga dengan prestasi ibadah yang kita lakukan sepanjang hari sedangkan di situ terdapat berjuta-juta himpunan dosa yang telah kita lalui.

Dalam ruangan ini juga saya mengambil peluang untuk memenuhi permintaan sahabiah saya dari seberang yang menginginkan saya untuk mencoretkan sebarang artikel berkaitan dengan sikap tidak bersyukur, riak dan sombong tidak bertempat.Sebagai muqaddimahnya, saya ingin membawa kepada sebuah Firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang bersyukur akan Kutambahi nikmatnya dan barangsiapa yang kufur, ingatlah azabKu amatlah pedih “

Bersyukur:

Dalam firman Allah tersebut amatlah jelas akan kepentingan bersyukur dan azab sekiranya tidak bersyukur (kufur) akan nikmat yang diberi. Hidup kalau tidak ingin bersyukur, apalah gunanya kita hidup menumpang di tempat orang lain (diibaratkan).

Kita renung sejenak, andai hati kita mengatakan tidak perlu bersyukur kepada Allah, maka soalkan siapa yang menciptakan segala-galanya di bumi ini. Andai tiadanya bumi yang terhampar luas dan penuh dengan nikmat di dalamnya, di manakah lagi tempat untuk manusia hidup setaraf dengan bumi selain ciptaan Allah…Jawapan tiada tempat lain melainkan inilah ciptaan Allah terbaik untuk hambaNya. Nah, masakan kita tidak lagi Nampak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Aku sombong!!!

Rakan-rakan pembaca sekalian, hidup di dunia ini penuh dugaan. Satu persoalan berkaitan sikap sombong yang saya nak kongsikan bersama rakan-rakan: Untuk apa kita merasa sombong.Andainya kita sombong kerana kita banyak harta, tidakkah kita lupa empunya harta itu yang sebenarnya siapa?Andai kita sombong disebabkan kepandaian kita, tidakkah kita ingat ramai lagi manusia jauh lebih pandai daripada kita?Andai kerana kelebihan kita di dunia, tidakkah kita ingat bahawa segalanya itu adalah ujian daripada Allah SWT.Kesombongan tidak sedikit membawa kita ke mana-mana malah menempah kepada kebencian manusia dan yang paling penting kebencian dan kemurkaan Allah SWT.Kita semua setuju bahawa setiap individu mempunyai ego masing-masing.Namun, tidakkah kita tahu bahawa ego itu dari Allah dan ianya datang dan dicipta penuh dengan hikamh.Maksudnya ego dicipta untuk ujian kepada kita sejauh mana kita boleh mengawalnya dengan cara yang terbaik…Kini aku sudah berjawatan, lebih pandai dan berharta…..Untuk apa semua itu kalau jiwa miskin dengan menghormati dan tunduk dengan perintahNya….

Zaman sekarang,kita lihat ramai sangat yang masuk universiti dan sebagainya.Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara yang hendak dibanggakan kerana memasuki universiti pada zaman ini adalah perkara biasa.Lain keadaannya 20-30 tahun yang lalu.Orang yang memasuki universiti amat dihormati dan disanjung. Namun, pada hari ini orang lebih melihat kepada sejauh mana kita mampu bertahan dengan godaan di kampus dengan tiadanya kawalan ibubapa dan sebagainya..Cuba renung bersama rakan-rakanku.

Jadi saya suka untuk berpesan dengan diri saya sendiri yang sering alpa ini dan juga para sahabat yang dikasihi supaya kita hindari dua sifat mazmumah yang amat ditegah ini iaitu sombong yang tidak bertempat dan juga tidak bersyukur dengan nikmat diri yang dikurniakan. Sentiasa ingat bahawa setiap kejadian yang diatur oleh Allah SWT di muka bumi ini adalah disertai dengan hikmahNya….maka, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya mohon ampun sekiranya terdapat kesalahan bicara dan ini hanya pandangan peribadi saya dan pandangan tidak semesti betul dan tidak semestinya salah.

Rabbanargfighlana Ya Allah…

Wallahualam.

Monday, June 8, 2009

ABC kehidupan


Salam sejahtera semua rakan-rakan pembaca yang moga-moga dirahmati semua...
Sejak dari kecil lagi kita sudah diperkenalkan dengan ABC bermula dari tadika dan sebagainya..Kita diajar A itu ayam, B itu bola dan C itu cawan...Tapi apakah kita pernah memikirkan apakah yang tersirat disebalik ABC yang mudah itu....

Jom pi tengok!!!

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Kita kata sesuatu perkara itu semudah ABC.tapi mampukah kita melaksanakan kesemua ABC kehidupan ini....sama-sama mencuba dan memotivasikan diri kita ye....
Wallahualam.

Sunday, June 7, 2009

ANDA MENCARI CALON SUAMI???


Salam semua...
Hari ni hari Ahad, saya rasa hari ni merupakan hari paling banyak dapat jemputan kahwin dan lihat banyak majlis kahwin di tepi-tepi jalan...Hairan dan Raihan pun ada nape ramai sangat kahwin ye....Xpe2 hari ni hari u, hari I esok lusa...Tapi kepada bakal pengantin yang x kahwin dan masih mencari calon, sini saya ada sedikit perkongsian untuk kita bersama iaitu 10 Sifat Calon Suami Yang Baik
untuk dikongsi...


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahualam

Tuesday, June 2, 2009

BAS MEWAH VS. Kenderaan SYURGA

Salam semua...
Mungkin tajuk ni seronok dan menarik sebagai muhasabah kita bersama kan?
Sejauh mana teknologi dunia sekarang, tidak dapat kita bayangkan.Hampir setiap hari ada keluaran produk baru pelbagai bentuk rekaan, fungsi dan nama...Kadang-kadang pening juga kan?...
Entah kenapa tiba-tiba fikiran ini mengimbau kembali ke zaman alam persekolahan dahulu. Seorang kawan pernah bertanya pada seorang ustaz, "Bolehkah kalau beliau ingin menaiki motosikal besar di surga nanti?'. Ustaz tu kata ' Lebih dari itu pun boleh. Bahkan bila di syurga nanti, apa yang ada di dunia sudah tidak ada nilai lagi sebab tak dapat dibandingkan dengan apa yang ada di syurga'.

Kita tengok apa yang ada kat dunia....hehehe.


Dan ini adalah sebuah bas mewah yang jarang-jarang bahkan mungkin tak pernah pun kita terfikir sebelum ini. Sangat cantik dan moden rekabentuknya..


Bahagian kokpit pemandunya sahaja pun dah cukup canggih.


Enjinnya nampak padat dan berkuasa.


Dalamannya usah ceritalah.. canggih habis.


Ruang bilik tidurnya sahaja pun mungkin sudah ratusan ribu RM.


Ruangan bilik mandi dan tandas.


Lengkap dengan TV Plasma lagi..

Ingatlah, walau macamana hebat sekali pun ia tetap berstatus 'sementara'. Apabila mati kelak, semuanya ditinggalkan...



Kalau dunia ada...(gambar bawah), akhirat ada SIRAT AL_MUSTAQIM...!!!

100 perkara : Menuju Kesempurnaan Iman


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila membuat perancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah mengawal fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali denganiblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlalu takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 46. Perbanyakkan silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Sering berselawat ke atas nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak berhutang;
59. Jangan terlalu mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;
62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;
79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;
86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Monday, June 1, 2009

Hot Topic : Wanita Idaman Lelaki




Salam semua.... tengok tajuk macam hot...tapi tak hot pun....nak bagi panas blog je...he2.Tapi hasrat ana nak berkongsi pandangan dan cerita tentang wanita idaman lelaki...

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah

Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

Dapatkah kita mencari pengganti Siti Khadijah di usia dunia yang semakin moden ini ???

Kala Jengking Neraka


Salam semua...Tajuk ni sengaja ana pilih untuk tatapan kita semua bersama.Kalau kat dunia kita dah takut kala jengking dengan bisanya, nahhhhhh....tengok pulak kala jengking neraka...Tapi ada satu kala jengking yang jinak dan manusia tak takut malah suka lagi...iaitu kumpulan scorpions....

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."