Assalamualaikum wbt,
Bila berkisar mengenai akhlak, kita tidak mampu lari dari kenyataan bahawa akhlak bermula dari hati dan ianya adalah bunga diri bagi seseorang mukmin. Ramai orang berkata, tidak mengapa akhlak kurang elok asalkan dia sembahyang, beribadat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saudara/i dan kita semua patut beringat dengan hadis Nabi SAW yang ada menyebut ibadah adalah pencegah kepada kemungkaran dan dosa.Jadi, jika ibdah kita tidak mampu merubah akhlak kita, maka pastinya ada yang tidak kena akannya. Kita tidak digalakkan berbangga dengan prestasi ibadah yang kita lakukan sepanjang hari sedangkan di situ terdapat berjuta-juta himpunan dosa yang telah kita lalui.
Dalam ruangan ini juga saya mengambil peluang untuk memenuhi permintaan sahabiah saya dari seberang yang menginginkan saya untuk mencoretkan sebarang artikel berkaitan dengan sikap tidak bersyukur, riak dan sombong tidak bertempat.Sebagai muqaddimahnya, saya ingin membawa kepada sebuah Firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang bersyukur akan Kutambahi nikmatnya dan barangsiapa yang kufur, ingatlah azabKu amatlah pedih “
Bersyukur:
Dalam firman Allah tersebut amatlah jelas akan kepentingan bersyukur dan azab sekiranya tidak bersyukur (kufur) akan nikmat yang diberi. Hidup kalau tidak ingin bersyukur, apalah gunanya kita hidup menumpang di tempat orang lain (diibaratkan).
Kita renung sejenak, andai hati kita mengatakan tidak perlu bersyukur kepada Allah, maka soalkan siapa yang menciptakan segala-galanya di bumi ini. Andai tiadanya bumi yang terhampar luas dan penuh dengan nikmat di dalamnya, di manakah lagi tempat untuk manusia hidup setaraf dengan bumi selain ciptaan Allah…Jawapan tiada tempat lain melainkan inilah ciptaan Allah terbaik untuk hambaNya. Nah, masakan kita tidak lagi Nampak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Aku sombong!!!
Rakan-rakan pembaca sekalian, hidup di dunia ini penuh dugaan. Satu persoalan berkaitan sikap sombong yang saya nak kongsikan bersama rakan-rakan: Untuk apa kita merasa sombong.Andainya kita sombong kerana kita banyak harta, tidakkah kita lupa empunya harta itu yang sebenarnya siapa?Andai kita sombong disebabkan kepandaian kita, tidakkah kita ingat ramai lagi manusia jauh lebih pandai daripada kita?Andai kerana kelebihan kita di dunia, tidakkah kita ingat bahawa segalanya itu adalah ujian daripada Allah SWT.Kesombongan tidak sedikit membawa kita ke mana-mana malah menempah kepada kebencian manusia dan yang paling penting kebencian dan kemurkaan Allah SWT.Kita semua setuju bahawa setiap individu mempunyai ego masing-masing.Namun, tidakkah kita tahu bahawa ego itu dari Allah dan ianya datang dan dicipta penuh dengan hikamh.Maksudnya ego dicipta untuk ujian kepada kita sejauh mana kita boleh mengawalnya dengan cara yang terbaik…Kini aku sudah berjawatan, lebih pandai dan berharta…..Untuk apa semua itu kalau jiwa miskin dengan menghormati dan tunduk dengan perintahNya….
Zaman sekarang,kita lihat ramai sangat yang masuk universiti dan sebagainya.Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara yang hendak dibanggakan kerana memasuki universiti pada zaman ini adalah perkara biasa.Lain keadaannya 20-30 tahun yang lalu.Orang yang memasuki universiti amat dihormati dan disanjung. Namun, pada hari ini orang lebih melihat kepada sejauh mana kita mampu bertahan dengan godaan di kampus dengan tiadanya kawalan ibubapa dan sebagainya..Cuba renung bersama rakan-rakanku.
Jadi saya suka untuk berpesan dengan diri saya sendiri yang sering alpa ini dan juga para sahabat yang dikasihi supaya kita hindari dua sifat mazmumah yang amat ditegah ini iaitu sombong yang tidak bertempat dan juga tidak bersyukur dengan nikmat diri yang dikurniakan. Sentiasa ingat bahawa setiap kejadian yang diatur oleh Allah SWT di muka bumi ini adalah disertai dengan hikmahNya….maka, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.
Saya mohon ampun sekiranya terdapat kesalahan bicara dan ini hanya pandangan peribadi saya dan pandangan tidak semesti betul dan tidak semestinya salah.
Rabbanargfighlana Ya Allah…
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment