Wednesday, September 9, 2009

:: SALAM AIDILFITRI 2009 ::


Assalamualaikum wbt...
tentuny tajuk di atas akan sering kita lihat sama ada di handset, email dan lain-lainnya...
Cuma ingin berkongsi ana akan pulang bercuti selama 2 minggu (UMP) bermula sabtu ini. Jadi dua minggu lah x tulis blog...balik kampung di Bruit, Mukah Sarawak...
Ana akan fly with wings pada 14 Sept 2009 ni from JB- to Sibu (direct flight).
So, hopefully perjalanan menarik dan diberkati Allah SWT.
kepada sahabat semua, ana ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 2009 dan semoga ia memberi manfaat untuk semua.Kepada yang dekat dengan rumah ana, di Sarawak, datanglah ke rumah k.Yang semenanjung pun dialu-alukan untuk datang.tiket flight sendiri tanggung eh...he3
Akhir kalam, mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya sepanjang ukhuwah ini diatur oleh Allah SWT ada terguris perasaan baik disebabkan kata-kata atau perbuatan kurang sopan ana selam ini.Mohon maaf salah silap semuanya..
Wallahualam.

Monday, September 7, 2009

:: bila aidilfitri diingati ramadhan dilupai ::


Salam sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian.
Ramadhan telah melangkah ke fasa yang ke-2 (pengampunan), namun dalam masa yang sama juga syawal memanggil dan menggamit kegembiraan bagi sesiapa yang rasa berjaya menjalani ramadhan dengan baik.

namun, sedar tak sedar sebenarnya panggilan syawal itu umpama panggilan maut kerana hari demi hari umur kita semakin meningkat dan adakah mampu mengecapi ramadhan pada tahun 2010 nanti.

Kalau disingkap sifat para sahabat, kedatangan ramadhan disambut dengan kegembiraan dan kedatangan syawal sebaliknya diiringi dengan tangisan kerana apa???Kerana ganjaran & tawaran hebat Allah telah berakhir yang mana tidak terdapat di bulan-bulan yang lain...

GIANT menawarkan 5 jam barang PERCUMA pada hujung bulan ini !!!!!!!

Kalau lah GIANT mengumumkan pengumuman sedimikian, nescaya seluruh umat manusia yang mendengarnya akan sanggup meninggalkan perkara lain semata-mata menunggu tawaran ini di hadapan mana-mana cawangan GIANT di seluruh pelusuk dunia...

SEDARKAH kita?????

Allah telah lama membuat tawaran yang hampir sama tetai jauh nilainya tinggi berbanding tawaran GIANT itu....Adakah kita melihat?TIDAK....manusia tidak nampak sebenarnya, kalau mereka nam[ak sudah tentu tiada manusia yang berada di jalanan tetapi sebaliknya semua berada di masjid dan rumah-rumah ibadah mengerjakan ibadah kepada Allah SWT......

sama-sama kita renungkan...
wallahualam...