Monday, September 7, 2009
:: bila aidilfitri diingati ramadhan dilupai ::
Salam sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian.
Ramadhan telah melangkah ke fasa yang ke-2 (pengampunan), namun dalam masa yang sama juga syawal memanggil dan menggamit kegembiraan bagi sesiapa yang rasa berjaya menjalani ramadhan dengan baik.
namun, sedar tak sedar sebenarnya panggilan syawal itu umpama panggilan maut kerana hari demi hari umur kita semakin meningkat dan adakah mampu mengecapi ramadhan pada tahun 2010 nanti.
Kalau disingkap sifat para sahabat, kedatangan ramadhan disambut dengan kegembiraan dan kedatangan syawal sebaliknya diiringi dengan tangisan kerana apa???Kerana ganjaran & tawaran hebat Allah telah berakhir yang mana tidak terdapat di bulan-bulan yang lain...
GIANT menawarkan 5 jam barang PERCUMA pada hujung bulan ini !!!!!!!
Kalau lah GIANT mengumumkan pengumuman sedimikian, nescaya seluruh umat manusia yang mendengarnya akan sanggup meninggalkan perkara lain semata-mata menunggu tawaran ini di hadapan mana-mana cawangan GIANT di seluruh pelusuk dunia...
SEDARKAH kita?????
Allah telah lama membuat tawaran yang hampir sama tetai jauh nilainya tinggi berbanding tawaran GIANT itu....Adakah kita melihat?TIDAK....manusia tidak nampak sebenarnya, kalau mereka nam[ak sudah tentu tiada manusia yang berada di jalanan tetapi sebaliknya semua berada di masjid dan rumah-rumah ibadah mengerjakan ibadah kepada Allah SWT......
sama-sama kita renungkan...
wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment