Saturday, October 31, 2009
UJIAN … oh … UJIAN
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Sidang pembaca & pelawat yang dirahmati Allah SWT. Sekitar 2 – 3 minggu ini, ump khususnya akan menjalani peperiksaan akhir yang mana bakal menentukan di mana tahap ilmu yang selama satu semester telah berlalu. Justeru tidak lupa juga ramai pihak-pihak yang akan membuat program berbentuk ilmiah untuk memenuhi keperluan bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba ini nanti. Dan tidak lupa juga ramai pentazkirah (pemberi peringatan) akan mengingatkan perkara ini dan menyebut tentang hal peperiksaan ini.
Selalunya, bila mana musim peperiksaan ini tiba, hati setiap daripada kita akan merasa gelisah, akan merasa takut, akan merasa bimbang akan persiapan untuk menghadapi hari kejadian. Ada yang sehingga sanggup tidak tidur bagi tujuan tersebut.
Sedar ataupun tak, sebenarnya situasi yang sama sepatutnya berlaku sepanjang kita hidup ini. Bukan sahaja bermusim tetapi pada bila-bila masa sahaja kita sepatutnya merasakan ujian senantiasa akan tiba. Kenapa saya berkata sedemikian? Saya suka memperingatkan diri saya sendiri dan mengajak sahabat/ah sekalian, semua yang kita ceritakan sebelum ini (di atas) adalah untuk tujuan ujian di dunia yang keputusannya kita boleh ketahui serta merta sejurus proses penyemakan selesai. Namun, kita ingin merenung akan perihal ujian akhirat yang sepatutnya lebih digeruni dan dibimbangi oleh seluruh umat manusia kerana ujian ini tidak bermusim dan keputusannya tidak diketahui melainkan dengan syafaat Allah SWT.
Bila mana berbicara mengenai ujian akhirat (ujian Allah), sewajarnya hendaklah terlintas dan terbayang di sudut akal fikiran kita akan keputusannya yang cukup penuh dengan nikmat sekiranya kita berjaya dan penuh juga dengan azab sekiranya kita gagal akan ia. Kalau ujian dunia kita sanggup tidak tidur dan berlapar kernanya, kenapa tidak unutk tujuan ujian Allah yang mana kalau ujian dunia, keputusannya boleh kita baiki untuk musm yang akan datang sekiranya kita gagal, tetapi untuk ujian akhirat, keputusannya hanyalah sekali dan perhitungan atau proses penyemakannya adalah muktamad oleh Allah SWT.Tidak boleh disangkal walau sedikit pun.
Sahabat/ah yang dirahmati sekalian,
Justeru, saya memperingatkan diri saya yang sering lupa dan lalai ini dan ingin mengajak sahabat/ah untuk kita jangan berlaku tidak adil dengan mengutamakan ujian dunia semata-mata tetapi dalam masa yang sama lebih memikirkan tentang persediaan untuk menghadapi ujian Allah di hari perhitungan, hari penyemakan kertas amalan kita sepanjang kita menghirup udara Allah SWT.
Akhirnya, saya ingin merakamkan kemaafan terutama kepada para pembaca sekiranya terkasar tutur bicara penulisan dan seterusnya kepada ibubapa, pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan seluruh yang mengenali dan doakan kejayaan dunia akhirat untuk kita semua.
Good luck for the final exam and don’t forget to contact Allah if you have lost……
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment