Sunday, May 1, 2011

FITNAH: Bilakah akan Berakhir???

assalamualaikm wbt.
hari ini kita lihat budaya fitnah memfitnah kian meenjadi satu budaya Malaysia yang saya amat risau.Kalau inilah warisan yang igin kita tinggalkan kepada generasi muda akan datang, maka saya yakin dan percaya ketemaduanan yang kita banggakan selama ini tidak akan kekal lama.Saaya dapat rasakan yang Malaysia tidak mungkin mampu untuk merealisasikan wawasa 2020 nya ittu sekiranya budaya politik dan sosial kita masih seperti yang dilihat hari ini. wawasan tersebut akan menjadi suatu yang retorik semata-mata.

Politik
Yang jelas, budaya ini amat ketara berlaku dalam politik. Budaya fitnah dijadikan suatu yang mesti dalam usaaha menarik perhatian serta meraih undi. Adakah tafsiran demokrasi seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti yag berlaku hari ini? Demokrasi yang membenarkan fitnh sebagai satu strategi baru untuk terus btahan dalam kuasa masing-masing. Demokrasi yang tidak perlu kepada menjaga kehormatan pihak yang bertentangan dan demokrasi yang tidak pedulikan kesopanan dan ketatasusilaan kedua-dua pihak. Saya tidak bercakap untuk mana-mana pihak tetapi sekadar seorng rakyat biasa yang hidup juga di bumi Malaysia ini dan mmpunyai harapan yang besar untuk melihat sebuah negara yang betul-betul harmoni dan seorang rkyat yang akan mempunyai anak dan generasi pelapis yang bakal mewarisi tapuk kepimpinan negara. Saya tidak ingin melihat anak saya (akan datang) mewarisi budaya politik yang saya kira tidak bertamadun ini.Hanya sekadar luahan rasa kebimbangan dari lubuk benak hati kepada semua pemimpin dari segenap tahap dan segenap pelusuk kawasan Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Agama
Hari ini juga kita dapat lihat satu lagi trend baru di mana agama menjadi alat untuk membenarkan apa sahaja sama ada benar atau salah. Semua orang dilihat seakan-akan senag mengeluarkan fatwa masing-masing. Sya akui agama adalah medium terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah dan perbalahan, namun ianya harus ditafsir dan dikeluarkan secara syariat dan bukannya hanya bertujuan menyelamatkan diri demi mendapatkan keyakinan daripada orang ramai. justeru saya menyeru diri kitaa semua supaya brmuhasabah semuala demi kepentingan negara kitayng saya kira semua rakyt ingin melihat keharmonian yang sebenar.

Ayuh, kita realisasikan impian rakyat ini dan zahirkn kematangan kita dengan cara yang sepatnya sebagai pemimpin yang dihormati.
Sekadar luhan rasa dan harapan seorang rakyat.

No comments: