Sunday, July 31, 2011

Latihan Bermula

Assalamualaikum wbt & salam ramadhan al-Mubarak...

Hari ini 01 Ogos 2011, seluruh umat Islam di Malaysia mula melaksanakan ibadah puasa bagi tahun 2011/1432H. Selalunya bila mulanya puasa yang penuh adalah masjid,gerai-gerai, bazaar dan sebaginya. Manakala makanan yang paling popular ialah buah kurma.Alhamdulillah bertambahlah rezeki Pak Yusof Tayyub kita...

saya bukan ingin menceritakan kemeriahan menyambut awal ramdhan yang saya kira pembaca lebih arif mengenainya. Saya ingin membawa kepada konsep sebenar apa itu ramadhan dan apakah sebenar hikmah ganjaran berlipat kali ganda di bulan ramadhan.

Tuan/Puan yang dirahmati,

Ramadhan sebenarnya bukanlah waktu atau platform untuk meraih ganjaran berlipat ganda semata-mata, tetapi sebenarnya ramadhan yang dikurniakan oleh Allah SWT ada mesej lain di sebaliknya. Ia sengaja diangkat oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain kerana ingin membantu manusia meraih semaksimum ganjaran dan antara tujuan utama yang lain ialah sebagai medan latihan untuk hambanya melatih diri ringan beribadah kepada Allah SWT.Medan latihan ini dimotivasikan dengan ganjaran yang besar supaya manusia sekaliannya berasa usaha/ibadah mereka diterima/dirasai ganjarannya dan apa yang palin penting ialah menunjukkan sayangnya Allah SWT kepada hambaNya yang beriman.

Sifat sayang dan pemurah Allah ini tidak dapat dinafikan kerana pada bulan ramadhan sahaja, Allah telah menawarkan pelbagai nikmat dan ganjaran cuma terpulang kepada individu sama ada untuk meraihkannya ataupun tidak.

Justeru, rakan-rakan dan sahabat sekaliannya, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri terutamanya dan juga kalian semua untuk sama-sama kita manfaatkan bulan rahmat ini dan pada awalnya ini tidak salah untuk kita memaksa diri dahulu dan saya jamin sekiranya kita kerap memaksa diri untuk beribadah, nescaya suatu hari ia akan menjadi rutin dalam kehidupan seharian. inilah konsep dalam ramadhan, bulan yang melatih kita untuk terus beribadahkepada Allah dan kemenangan itu akan dirasai selepas berakhirnya ramadhan di mana kita mampu melaksanakan ibadah di bulan-bulan yang lain.

Sekian,

No comments: