Monday, November 14, 2011

Ziarah Amal & Korban ke kampung Bruit, Daro, Sarawak.





Ziarah Amal & korban anjuran yayasan Amal dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center ini telah berlangsung pada 5-7 November 2011 yang lalu.Ia disertai seramai lebih kurang 30 peserta termasuk ahli keluarga beserta dengan anak-anak masing-masing. Sedikit kenangan ketika berada di sana(seperti di gambar). Antara objektif ziarah termasuklah menjalankan aktiviti korban (Yayasan Amal telah menyumbangkan seekor lembu untuk diinfaq kepada penduduk Kampung Bruit), membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan sumbangan yang dibawa oleh rombongan, merapatkan silaturrahim di kalangan peserta rombongan dan penduduk kampung dan dalam masa yang sama mempelajari adat/kebiasaaan cara perayaan penduduk setempat.

No comments: