Pendidikan Islam Gred D pun OK!
By: As-Sarawaki
Ku membelek telefonku yang berbunyi
Kusangka teman sama negeri
Bila dibuka SMS di jari
Rupanya temanku dari universiti
Nukilannya kubaca dengan teliti
Membacanya sehingga 2, 3 kali
Namun dirasa tiadalah rugi
Kerna dibaca dengan naluri
Isinya kurenung dan kutatapi
Terfikir sejenak sedih sekali
Disoalnya pula pendapat sendiri
Sistem pendidikan yang tidak dikemaskini
Sudah lama ingin kubicarakan
Berkaitan dengan sistem pendidikan
Kemana harus aku luahkan
Pendapat kami budak hingusan
Tiada siapa yang berkesudian
Namun ku yakini Adilnya Tuhan
Dia penentu segala kejadian
Pendidikan Islam disisihkan
Tidak lagi menjadi keutamaan
Pada mereka yang membutakan
Mata hati dunia sudah kaburkan
Anak-anak hanya mengikut
Belajar sahaja apa yang disebut
Bila dewasa jadi serabut
Terdedah dengan perkara karut
Sains matematik subjek utama
Lantas meminggir ilmu agama
Pendidikan Islam gred D pun tak apa
Asal ujian boleh jawab belaka
Inilah seloka yang berlaku kini
Pendidikan agama hanya di sisi
Tidak difikir oleh menteri
Kerana pelajaran hanya untuk diuji
Habis UPSR aku masuk ‘secondary’
Habis ‘secondary’ aku ke matrikulasi
Lulus cemerlang terus ke universiti
Tempat untuk aku berjoli-joli
Tiada mak ayah nak kawal diri
Aku bebas pergi sana sini
Inilah sistem pendidikan hari ini
Yang belajar tujuan diuji
‘secondary’, matrikulasi dan universiti
Tertinggal tahap yang paling tinggi
Bukan doktor mahupun PhD
Tapi tahap mengingati mati
Apa bekalan menuju mati?
Menteri jawab kita sudah kaji
Sampai bila aku pun tak reti
Gejala sosial mari dan terus mari
Anak-anak bertari menari
Biar perempuan mahupun laki-laki
Bercampur aduk serba dan serbi
Walaupun bukan laki dan bini
Kembalilah kita pada Al-Quran
Ia bukan ciptaan bukan-bukan
Tapi amanah dari Tuhan
Kalau kita tidak berkemampuan
Silakan berundur tukarlah kerajaan.
No comments:
Post a Comment