Thursday, February 5, 2009

PEMIMPIN MUSLIM.....Di mana ???


Salam kasih buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Saban hari kita dengar dari mana-mana sumber media (cetak/elektronik) menceritakan keadaan dunia semasa baik dalam mahupun luar negara.Hari-hari jika dikaji semula kita sebenarnya amat hampir dengan hari kiamat mengikut tanda-tanda yang telahpun Allah SWT sebutkan dalam quran al-Karim.Kita dapat lihat perebutan kuasa sana sini, buadaya fitnah pihak itu dan pihak ini, kerakusan pihak tertentu menindas dan menzalimi golongan lemas..

DI MANA PEMIMPIN MUSLIM kita???

Justeru ana menyeru sahabat-sahabat rakan-rakan agar kita terbit satu rasa kebertanggungjawaban kita untuk melahirkan pemimpin muslim sejati bukan sahaj untuk orang Islam tetapi umat sejagat.Dengan cara bagaimana???
Tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan ILMU kerana Rasulullah telah menegaskan dalam hadisnya berbunyi:

"Barangsiapa nak berjaya dunia,hanyalah dengan ilmu, siapa nak berjaya akhirat hanyalah dengan ilmu dan siapa yang nakkan kedua-duanya hanyalah dengan ilmu".

Jadi sekali lagi ana mohon kita semua supaya berfikiran matang dan dahulukan ilmu sebelum nafsu menrampas tempatnya.Satu lagi pesanan ana yang juga seringkali alpa dalam hidup seharian supaya sentiasa mengamalkan budaya menyiasat dan mengkaji sagala pekara terutamanya perkara-perkara yang melibatkan isu semasa kerana dalam dunia yang serba mencabar ini hanya sumber Allah(Quran) yang boleh dipercayai bukan lain-lainnya.

"PIMPINLAH KAMI KE JALAN YANG JAUH DARI FIYNAH DUNIA"

Wallahualam.

No comments: