Thursday, February 12, 2009

Assalamualaikum wbt...
Sidang pembaca dan rakan-rakan penulis sekalian, insiden di Perak boleh mengajar kita dalam dua aspek.Yang pertamanya ialah aspek kezaliman manusia dan kerakusannya dalam mengejar gelaran dunia tanpa memikirkan hak orang awam.Dan yang kedua ialah aspek pengajaran bahawa yang kekal abadi hanyalah Allah SWT dan bukannya perkara-perkara lain.Justeru, dalam hal ini, kita tidak perlu menuding jai ke arah siapa-siapa sebaliknya tanyalah diri kita sendiri andainya aku sudah dewasa dan berkeadaan seperti ini, adakah aku mampu menahan nafsuku sehingga menidakkan kebenaran dan kebajikan asasi?Tepuk dada tanyalah iman.Iman kita terkadang di atas dan selalunya di bawah....
Membawa kepada satu firman Allah untuk renungan kita bersama:

"KATAKANLAH: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Al-Imran;26

Wallahualam.Semoga menjadi pedoman untuk seluruh umat manusia...

No comments: