Saturday, April 4, 2009

BILA SETIAP YANG BARU INGIN TUNJUK HERO....BAHAYA DUNIA INI!!!

Assalamualaikum wbt...

Hari ini lahir seorang pemimpin baharu bagi Malaysia. Baharu tak baharu bukan diukur dari orangnya tetapi pendekatan yang ingin dibawanya.Persoalan pemimpin silih berganti namun dasar sekiranya tetap meletakkan Islam nombor 2, maka kita tidak gelarkan ianya sebagai pertukaran tetapi hanya penyusunan semula fail2 yang tidak tersusun yang mana maklumatnya tidak di'update' bertahun lamanya.

Yang kita percaya hanyalah bila Islam memerintah, barulah dunia ini berada di alam pertukaran. Selain Islam, kita harus menolaknya daripada menjadi dasar kepada pemerintahan sesebuah daulah Islamiyyah. Fenomena hari ini, setiap pemimpin baru yang lahir mengingin atau mengejar untuk membuat perubahan. Kita bukan terlalu melihat perubahan tersebut, tetapi sejauh mana keikhlasan yang terbit dalam jiwanya untuk membantu agama Allah SWT.

Fikir sejenak,renung dan muhasabah kembali dan ingat hadis nabi, kadang-kadang berfikir seketika bakal mendatangkan manfaat lebih daripada beribadat 100 tahun. Wahai manusia, serulah kamu kepada kebaikan dan taatilah pemimpin atau ketua kamu yang baik dan jangan berpaling daripada Islam.

Apa tugas kita? TENGOK?DENGAR?LIHAT?. Persoalan mudah untuk kita berfikir. Tepuk dada tanya iman, tepuk dahi aaa...pandai2lah...Sama-sama kita merenungnya...

1 comment:

sherry said...

salam..abg salman..
ermm.anyone hero nyer..Allah..tetep maha perkasa..

gud luck 4 ur final n hepi holiday