Saturday, July 11, 2009
Badan & Nyawa !!!
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...
Mata semakin mengantuk sebab 2 hari hanya tidur 1 jam 43 minit +- 25 saat sahaja.Namun tangan tetap ingin meluahkan tetapi tidak tahu hendak meluahkannya selain kepada Allah di samping juga meluahnya melalui blog.Kerana bicara yang banyak tiada gunanya dan hanya akan membebankan kerja walaupun niatnya murni dan damai.Rusak! Rusak! Rusak!
Apa yang rusak???
Semuanya rusak...cuma bezanya kita dengan Thailand, kita tiada pertumpahan darah...Sebenarnya itulah yang saya boleh ibaratkan apa yang berlaku di UMP sekarang...Mungkin saya tidak bercadang untuk mengulasnya cuma mungkin apa yang saya ingin kongsi ialah, mungkin ada sesuatu petanda yang Allah nak tunjukkan kepada kita yang mungkin kita tidak nam[ak akan ia...
Salah satunya boleh merujuk blog sahabat saya di www.jasonlaw87.blogspot.com.
Renung-renungkan ia....
Wallahualam.
Thursday, July 9, 2009
Diam bukan bermakna setuju !!!
Assalamualaikum wbt salam sejahtera...
Tajuk seperti marah... tapi sebenarnya bukan marah, cuma sedikit rasa terkilan bila apa yang dibicara tidak terlaksana oleh pancaindera... (surah As-Saff:2-3).
Mahasiswa sesekali kena bersuara malah menteri sendiri menyeru perkara ini. Namun sejauh mana suara kita didengari????
Sejak kian lama kita berdiam dir, namun nampaknya seperti kita (mahasiswa) dianggap bersetuju dan redha dengan segalanya....Kita semestinya beringat, kita tidak lari dari fitrah manusia yang mana suatu masa akan memberontak jika kita diperlakukan sekian rupa... Kita ada hak!hak! dan hak!
Daripada isu yang berlaku dalam kampus UMP ini, kita ambil iktibar bersama-sama.
Kami para pelajar telah lama menunggu 'green light' untuk memasuki penempatan baru KK4 tetapi telah ditunda kepada suatu tarikh baru yang lain.
Kami diam!!!!
tunggu punya tunggu punya tunggu kami pun ditempatkan (ala-ala pelarian) di KK2...
Kami diam!!!!
Pada 9 Julai 2009, kami dapat perkhabaran KK4 tidak akan diduduki oleh pelajar kerana pihak UMP tidak bersetuju untuk menyewa akibat harga sewa yang terlalu tinggi....
Kami diam!!!
Sehingga ada ura-ura menyatakan kami akan ditempatkan di KK2 dan KK1 dan terpaksa duduk di rumah yang sama dengan kapasiti melebihi yang sepatutnya...
Kami Diam?????????
Mungkin Tidak!!!!
Mahasiswa kena hadir dengan sesuatu tetapi niat kena betul bukan untuk menyalahi mana-mana pihak tetapi hanya sekadar ingin membuka mata pihak tertentu akan kebajikan mahasiswa harus diletakkan di tempat tertinggi terutama ketika membuat keputusan.Tujuan bukan untuk membuka cerita tetapi hanya sekadar berkongsi dan supaya kita mengambil pengajaran darinya....
Hukumlah diri ini jika niat ini bukan bersamaNya sebaliknya bersama nafsu....
Ampun dan maaf dipohon daripadaNya.
Wallahualam....
SUARA MAHASISWA....... INI masanya, INI tempatanya, INI ruangnya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAHASISWA = BONEKA ????????
Bantahan Terbuka Keputusan Menempatkan Pelajar Melebihi 8 Orang Serumah bagi Kolej Kediaman 2 (KK2) dan 4 0rang bagi KK1.
Saya Salman bin Razeni mewakili kesemua warga KK yang terlibat dengan isu perpindahan KK4 yang tergendala ingin merujuk perkara di atas.Terlebih dahulu ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya kehadiran bantahan ini menambahkan beban kerja di pihak tuan.
2. Kami daripada para mahasiswa KK secara majoritinya membantah sekiranya terdapat cadangan daripada pihak atasan yang ingin menempatkan para pelajar melebihi kapasiti sepatutnya dalam sesebuah rumah.Ini kerana cadangan ini jika diteruskan boleh menimbulkan kemarahan para mahasiswa yang terlibat khususnya dan ini mungkin akan menimbulkan keadaan yang huru hara pada bila-bila masa. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian utama kerana saya yakin dan percaya bahawa pelajar yang selama ini diam tidak bermakna mereka bersetuju dengan segalanya.
3. Kita amat memahami masalah ini. Cuma kita mengharapkan ruang perhatian semasa perbincangan di peringkat atasan dilakukan agar meletakkan kebajikan pelajar dan juga kebajikan staf bawahan yang melaksanakan arahan sebagai keutamaan tertinggi. Saya yakin kalau perkara ini tidak diambil serius, bantahan luar biasa mungkin timbul suatu masa nanti. Perkara ini kita cuba elak dan tangani bersama-sama. Saya juga terpanggil untuk mengutarakan perkara ini bukan untuk pelajar sahaja tetapi untuk staf-staf bawahan JHEPA terutamanya yang terpaksa akur sahaja dengan arahan daripada atasan. Kita faham ini adalah bidang tugas dan walaupun dibayar gaji dan sebagainya tetapi atas dasar kebajikan bersama, kita juga mengambil berat terhadap mereka.
4. Saya juga mewakili rakan-rakan mahasiswa juga mengharapkan agar pihak atasan boleh mendengar suara pelajar termasuk hal-hal besar seperti ini selari dengan saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini yang kita canangkan itu supaya mahasiswa senantiasa bersuara dan berhak bersuara. Jadi berlandaskan medium AUKU yang telah dipinda, jadi saya merasakan tindakan ini tidak sesekali bertentangan kerana kami hanya sekadar mengeluarkan hasrat dan cadangan semata-mata.Saya berharap agar perkara ini diberi perhatian semula adakah suara mahasiswa benar-benar didengari.Saya juga memohon agar perkara ini dapat dipanjangkan ke peringkat atasan UMP untuk kebajikan bersama.
5. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru dan merayu pihak atasan boleh melihat kembali asas kepada pembentukan sesebuah universiti iaitu mahasiswa supaya kebajikan kami diberi perhatian tertinggi sewaktu melaksanakan sebarang keputusan dan saya mewakili semuanya memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat kekasaran tutur bicara. Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA “
Thursday, July 2, 2009
H1N1 vs. penyakit Aqidah
Apa itu H1N1???
Kenapa ada pihak yang marah bila kita guna nama lain?Sebenarnya tidak perlu kita bergaduh atau bercanggah dengan perkara ini sedangkan terlalu banyak perkara mustahak yang perlu dijelaskan.Terpulang nak letak nama apa sekalipun wabak tetap wabak.Namun, di sebalik wabak yang menular hari demi hari pelbagai penyakit baru dan spesis baru yang timbul.Apakah tanda ini semua?Adakah kita mengambil iktibar darinya?
Saya juga suka mengingatkan diri saya sendir yang selalu lupa ini dan juga sahabat-sahabat sekalian agar kita renung sejenak hadis Nabi supaya kita menghindar segala penyakit dan wabak iaitu hadis baginda berbunyi
"Larilah kamu dari orang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa"
Walaubagaimanpun di ruangan ini saya bukan hendak bercerita mengenai penyakit H1N1 atau mana-mana wabak yang nampak tetapi bagi saya walau apa penyakit sekalipun yang datang tetap kurang bahayanya daripada sejenis penyakit yang paling dahsyat sekali iaitu penyakit lemah aqidah.Sekali penyakit ini dialalmi seseorang, peluang untuk sembuh adalah amat tipis dan sekiranya berada di tahap yang lebih teruk ia akan membawa kepada penyeksaan akhirat.
Wabak lemah aqidah ini semakin menular semenjak jatuhnya Islam yang mana gerakan menghapusnya semakin hari semakin luntur (gerakan dakwah berkesan).Saya suka untuk menimbulkan persoalan, penyakit mana yang lebih kita takuti?
Kalau kita takut mati jasad ingat mati itu pasti tetapi jika kita takut mati hati maka neraka itu juga pasti menunggu manusia.Sama-sama kita renung sejenak fikir secara rasional,hidupkan kembali hati yang lemah ini dan jangan biarkan wabak ini menular sehingga ke tahap serius.
Di sini juga saya ingin berkongsi doa yang mana boleh ita amalkan untuk menghindarkan diri kita keluarga dan semua daripada sebarang wabak dan penyakit.InsyaAllah sama-sama kita amalkan....
Wallahualam...(mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa namun niat di hati tidak timbul sekali-kali untuk berkasar dan sebagainya)....harap dimaafi.

Subscribe to:
Posts (Atom)