Apa itu H1N1???
Kenapa ada pihak yang marah bila kita guna nama lain?Sebenarnya tidak perlu kita bergaduh atau bercanggah dengan perkara ini sedangkan terlalu banyak perkara mustahak yang perlu dijelaskan.Terpulang nak letak nama apa sekalipun wabak tetap wabak.Namun, di sebalik wabak yang menular hari demi hari pelbagai penyakit baru dan spesis baru yang timbul.Apakah tanda ini semua?Adakah kita mengambil iktibar darinya?
Saya juga suka mengingatkan diri saya sendir yang selalu lupa ini dan juga sahabat-sahabat sekalian agar kita renung sejenak hadis Nabi supaya kita menghindar segala penyakit dan wabak iaitu hadis baginda berbunyi
"Larilah kamu dari orang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa"
Walaubagaimanpun di ruangan ini saya bukan hendak bercerita mengenai penyakit H1N1 atau mana-mana wabak yang nampak tetapi bagi saya walau apa penyakit sekalipun yang datang tetap kurang bahayanya daripada sejenis penyakit yang paling dahsyat sekali iaitu penyakit lemah aqidah.Sekali penyakit ini dialalmi seseorang, peluang untuk sembuh adalah amat tipis dan sekiranya berada di tahap yang lebih teruk ia akan membawa kepada penyeksaan akhirat.
Wabak lemah aqidah ini semakin menular semenjak jatuhnya Islam yang mana gerakan menghapusnya semakin hari semakin luntur (gerakan dakwah berkesan).Saya suka untuk menimbulkan persoalan, penyakit mana yang lebih kita takuti?
Kalau kita takut mati jasad ingat mati itu pasti tetapi jika kita takut mati hati maka neraka itu juga pasti menunggu manusia.Sama-sama kita renung sejenak fikir secara rasional,hidupkan kembali hati yang lemah ini dan jangan biarkan wabak ini menular sehingga ke tahap serius.
Di sini juga saya ingin berkongsi doa yang mana boleh ita amalkan untuk menghindarkan diri kita keluarga dan semua daripada sebarang wabak dan penyakit.InsyaAllah sama-sama kita amalkan....
Wallahualam...(mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa namun niat di hati tidak timbul sekali-kali untuk berkasar dan sebagainya)....harap dimaafi.
1 comment:
bile org ramai tinggalkan amal, Allah turunkan bala...sume kene...Astaghfirullah..
Post a Comment