Thursday, July 9, 2009
MAHASISWA = BONEKA ????????
Bantahan Terbuka Keputusan Menempatkan Pelajar Melebihi 8 Orang Serumah bagi Kolej Kediaman 2 (KK2) dan 4 0rang bagi KK1.
Saya Salman bin Razeni mewakili kesemua warga KK yang terlibat dengan isu perpindahan KK4 yang tergendala ingin merujuk perkara di atas.Terlebih dahulu ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya kehadiran bantahan ini menambahkan beban kerja di pihak tuan.
2. Kami daripada para mahasiswa KK secara majoritinya membantah sekiranya terdapat cadangan daripada pihak atasan yang ingin menempatkan para pelajar melebihi kapasiti sepatutnya dalam sesebuah rumah.Ini kerana cadangan ini jika diteruskan boleh menimbulkan kemarahan para mahasiswa yang terlibat khususnya dan ini mungkin akan menimbulkan keadaan yang huru hara pada bila-bila masa. Perkara seperti ini perlu diberi perhatian utama kerana saya yakin dan percaya bahawa pelajar yang selama ini diam tidak bermakna mereka bersetuju dengan segalanya.
3. Kita amat memahami masalah ini. Cuma kita mengharapkan ruang perhatian semasa perbincangan di peringkat atasan dilakukan agar meletakkan kebajikan pelajar dan juga kebajikan staf bawahan yang melaksanakan arahan sebagai keutamaan tertinggi. Saya yakin kalau perkara ini tidak diambil serius, bantahan luar biasa mungkin timbul suatu masa nanti. Perkara ini kita cuba elak dan tangani bersama-sama. Saya juga terpanggil untuk mengutarakan perkara ini bukan untuk pelajar sahaja tetapi untuk staf-staf bawahan JHEPA terutamanya yang terpaksa akur sahaja dengan arahan daripada atasan. Kita faham ini adalah bidang tugas dan walaupun dibayar gaji dan sebagainya tetapi atas dasar kebajikan bersama, kita juga mengambil berat terhadap mereka.
4. Saya juga mewakili rakan-rakan mahasiswa juga mengharapkan agar pihak atasan boleh mendengar suara pelajar termasuk hal-hal besar seperti ini selari dengan saranan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini yang kita canangkan itu supaya mahasiswa senantiasa bersuara dan berhak bersuara. Jadi berlandaskan medium AUKU yang telah dipinda, jadi saya merasakan tindakan ini tidak sesekali bertentangan kerana kami hanya sekadar mengeluarkan hasrat dan cadangan semata-mata.Saya berharap agar perkara ini diberi perhatian semula adakah suara mahasiswa benar-benar didengari.Saya juga memohon agar perkara ini dapat dipanjangkan ke peringkat atasan UMP untuk kebajikan bersama.
5. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru dan merayu pihak atasan boleh melihat kembali asas kepada pembentukan sesebuah universiti iaitu mahasiswa supaya kebajikan kami diberi perhatian tertinggi sewaktu melaksanakan sebarang keputusan dan saya mewakili semuanya memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat kekasaran tutur bicara. Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA “
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment