Wednesday, June 9, 2010

ISRAEL LA'NATULLAH...... BERANI KAU?!!!!!!

Assalamualaikum wbt….
Disebabkan masalah kesibukan, terlalu lama tidak menulis dan terasa diri jauh dari medan perjuangan. Namun terfikir perjuangan bukan sekadar satu cara.Perjuangan ini luas dan jalan ke arahNya juga pelbagai.
Saban hari isu demi isu, berita demi berita yang kita dengar. Berita baik, berita burk, sedih, gembira dan sebagainya. Namun, saya yakin sahabat-sahabat pasti sibuk memperkatakan tentang kerakusan dan nafsu serakah puak rejim Israel la’natullah ke atas rakyat Palestin. Sebagaimana yang kita semua maklumi, isu ini bukan isu agama Islam semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah hak kebebasan dan anti penindasan (ISU KEMANUSIAAN).
Puak ini semakin berani dan semakin rakus tanpa mempedulikan undang-undang. Sebenarnya, salah merekakah semuanya ini?atau salah kita?atau salah siapa?
Salah siapa tiada kepentingannya sekarang. Yang penting apa yang kita sumbangkan walau sedikit dalam usaha untuk memperdamaikan isu ini. Sesungguhnya sedikit usaha yang ikhlas lebih berhak dikira di sisi Allah SWT berbanding mencanang sana sini dengan tujuan sekadar menunjukkan yang aku sudah memberi perhatian. Melaung sini dan sana tidak cukup untuk selesaikan isu.
Ayuh teman-teman, ini bukan soalnya AKU SEORANG ISLAM….ini soal AKU SEORANG MANUSIA yang diciptakan bersaudara dengan yang lain. Saudaraku juga berhak makan, minum, main seperti kami. Saudaraku berhak bersuara dan dilayan di majlis jemputan seperti kami. Saudara kami berhak untuk mencari rezeki seperti kami.
Wahai Israel, KAU tunggu pembalasanmu, Kami berjanji yang di dunia juga kau mendapat balasan dan di akhirat juga tidak terlepas!!!!!!!!!

No comments: