Friday, August 27, 2010

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.
.kerna aku tidak pasti kedatangannya untuk kali kedua.
.ibadah zakat dan juga puasa..adakah bisa menghapus dosa.
.seorang hamba kerdil yang hina..yang sentiasa mendamba.
.kasih rahmat yang maha Esa..ku berserah segalanya.
.berlindung di sebalik kekuasaanNya.
.menumpang rahmat bulannya yang mulia.
.mendakap kasih rahmat Tuhan yang maha kaya.
.berserah diri semata-mata.
.hanya kerana diri tidak berdaya.
.untuk menggalas amanahNya.
.khalifah Allah di atas dunia.


Salam Ramadhan sahabat-sahabat pembaca yang dirahmati Allah....di atas bukanlah ungkapan lirik lagu manbai mahupun siti nurhaliza..tetapi suatu warkah ungkapan rasa..seorang hamba yang hina..untuk memohon ampun dan rahmat dari Tuhannya.

Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang menjadikan diri kita seorang yang baru dan matang.jikalau dulu kita seorang yang jahil,kini kita eorang yang berpengetahuan..jika dahulu kita seorang yang fasiq, maka kini seorang yang 'alim.....Salam Ramadhan dan SAlam 'Aidilfitri.......

Maaf Zahir & Batin.

From:
Salman Razeni
Bruit, Sarawak.

No comments: