Sunday, May 31, 2009

:: Patuhi Undang-Undang ::


Ramai orang kata, dunia ini ibarat macam-macam.ada yang kata macam musafir di jalanan, ada yang kata ibarat pengembara asing, ibarat peneroka, ibarat pemandu dan sebagainya. Walau apa pun jua dan siapa pun kita di dunia hakikatnya kita adalah penumpang kepada nikmat Allah. Dan yang pastinya syurga adalah matlamat utama kita bersama para syuhada dan tabiin...

Kalau kita dikatakan seorang pemandu di jalanan, semestinya kita harus mematuhi undang-undang jalanraya yang manusia cipta demi kesejahteraan dan keselamatan bersama. Kalau undang-undang manusia mampu kita turuti, kenapa tidak undang-undang dan hukum Allah SWT. Tepuk dahi tanya kawan sebelah merah ke tak dahi kita tu...

Ana tinggalkan dengan satu gambar yang boleh menjadi renungan bersama...

Saturday, May 30, 2009

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN...


SELAMAT BERCUTI KEPADA ADIK-ADIK KITA DI SEKOLAH KEBANGSAAN. SEMOGA DIMANFAATKAN DENGAN SEBAIKNYA...

WHY Complaining???









Assalamualaikum wbt...

All my friends, we never think about how the GOD loving us.Everyday, we just know and think about how our friends (boyfriend or girlfriend) loving us. So now, as my responsibility, I wanna share some pictures that can be a lesson for us.Please think about it...Have we wish the thankful to God this morning????

KAHWIN OH KAHWIN .... giliran hang bila lagi?


Assalamualaikum wbt...

Ape khabar?Nak tanya amacam blog ana yg berwajah baru nie?ada nilai komersial x?...hehehe.(xdalah)...Sekarang dok sibuk hias blog je sebab xda isu hebat yang boleh kongsi(idea takde...hehe).Tapi ada satu isu best sekarang...

Dalam bulan 6 dan bulan 7 ni kan, ramai sahabat kita yang nak kahwin rupenye...kahwin awal pun ramai...sampai seru Ilahi...hehe.Advanced dorang kan?...xpe2....hari ni hari dia jadi raja...hehe.tapi ana di kesempatan ni mengucapkan selamat mendirikan masjid dan menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan semoga BAITUL MUSLIM yang terbina ini berkekalan hingga ke hari akhirat, bak lagu alleycat kate.."Ku tunggumu di pintu syurga"...sampai ke tak?Wallahualam...Ana doakan juga agar hasilny nanti akan melahirkan ramai mutiara yang berkilau yang mampu menyinari kembali syiar Islam yang mana cahayanya kini semakin malap ditelan zaman...

wah...puitis banget...

Antara yang ana kenal dan dengar akan melangsungkan perkahwinan antaranya:

-Akhi Nasrul Hadi Johari
-Akhi Hasnizam
-Ukhti Siti Rogayah (x MPP USM)

Ramai orang kata kat ana, semua YDP dah kahwin, ....hang bila pulak??? Banyak2 soalan kan, soalan ni antara yang ana fail nak jawab....hehehe.

k lah, ana harap kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka dan seluruh umat Islam di dunia ini.


" BAITUL MUSLIM peneraju kecemerlangan agama" : Tema maal Hijrah yang akan datang....hehehe...(gurauan).


Kesimpulannya: Cepat2 kahwin... :-)

Wednesday, May 13, 2009

<>




‘POLITIK BARU’ ialah kembali kepada politik lama.


Assalamualaikum wbt & salam ukhuwah.

Hari ini tak lekang dek telinga kita mendengar khabar berita dan coretan mengenai politik dan isu berkaitan dengannya.Ramai pihak yang tidak mahu terkecuali dengan perubahan yang hampir setiap waktu berlaku.Ramai juga yang tahu,ramai yang tak tahu,ramai yang buat-buat tahu dan ramai yang tak mahu ambil tahu.Namun, apa pun pendirian kita, semuanya tetap berlaku dan terus berlaku da ianya terus menjadi bahan bualan semasa dan kadang-kadang menjadi bahan untuk bersembang di warung-warung dan kedai-kedai kopi….

Pada masa yang sama, ramai yang mencanangkan supaya politik baru diperkasakan dan hilangkan politik lama yang penuh dengan penipuan,penindasan kezaliman dan sebagainya. Ramai bersetuju untuk berubahlah kepada politik yang baru termasuk juga ana sendiri rasanya. Semua rakyat inginkan politik baru yang adil, jujur dan berpandangan meluas.
Namun,
Pernahkah kita terfikir dan adakah kita tahu apakah sebenarnya POLITIK BARU yang dicanangkan itu???

Sebenarnya, pada pandangan diri ana yang dhaif lagi hina ini, POLITIK BARU yang kita dok canang-canangkan itu sebenarnya kita perlu beralih semula kepada politik lama!!!
Kenapa pulak???


Kerana dalam segala hal Nabi Muhammad SAW telahpun anjurkan lebih 1400 tahun yang lampau. Kita hari ini spatutnya kembali semula kepada politik lama yang Nabi pernah buat. Bagaimana Nabi buat??? Al-Quran dan Sunnah menjadi perlembagaan, undang-undang dan rujukan utama.Barisan cabinet yang terdiri daripada wakil yang bukan sahaja professional tetapi sangat dekat dengan Allah SWT. Islam sebenar sebagai konsep dan prinsip pemerintahan. Rakyat sebagai rakan bukan orang bawahan. Peribadi muslim sebagai ukuran dalam perlantikan hakim,perlantikan speaker dan lain-lain jawatan..(menjadi ukuran).Ulamak bukan penyangak diletak di tempat yang sepatutnya.

Itulah yang Nabi buat. Jadi, tak perlu susah payah kita fikir & cadang itu ini untuk memperbaiki hidup MALAYSIA hari ini terutamanya. Nabi dah sediakan.Tinggal kita sebagai umatnya ambil iktibar, sesuaikan dengan zaman dan ikut apa yang Nabi anjurkan.InsyaAllah kalau semua nak kea rah itu dengan hati yang ikhlas, tidak mustahil MALAYSIA akan menjadi Negara Islam yang sebenar.
Wallahualam…

Tuesday, May 12, 2009

Islam semakin dihina dan terus dihina !!!

Assalamualaikum wbt....salam perpaduan.

Persoalan yang mungkin bagi sesetengah pihak agak biasa tetapi sebaliknya dan sepatutnya kita persoalkan kenapa ia boleh timbul?

Apakah Islam hari ini adalah semata-mata alat/medium yang boleh dihina,dicerca sesuka hati?Baru-baru ini keluar lagi sekali satu terbitan video yang tidak bertamadun menghina secara terang-terangan Islam yang mana tanpa segan silu mempergunakan nama Nabi Muhammad dan mengeluarkan hadis yang tidak logik dek akal dan tidak termaktub dalam mana-mana kitab bahkan kitab budak tadika pun tak ada yang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu 'dungu' sekali.Dalam klip tersebut (1 minit lebih) menunjukkan seorang lelaki yang membaca hadis palsu (loghat melayu cina) menghina Nabi mengeluarkan hadis yang membenarkan orang Islam memakan BABI dan dihapuskan dosa sekiranya melakukan perkara yang demikian...Ini cukup memalukan dan cukup tidak bertamadun...

Nasib baik ada lagi orang Islam yang masih sensitif tentang isu ini menghebahkan tentang berita untuk dikongsikan bersama walaupun pihak berkuasa melarang daripada sebarang penyebaran....Kenapa nak dihalang???kalau tak disebar, orang melayu tidak nampak bahwa Islam sedang dihina...apa yang lagi mnyedihkan perkara ini bukan berlaku di USA, Belanda, Turki, negara eropah dan sebagainya tetapi berlaku di bumi hadhari MALAYSIA....kalau dulu kita marah orang belanda lukis karikator Nabi, orang USA tindas orang Islam, tapi kini depan mata kita sendiri kenapa tidak ada tindakan serius.....(bantahan dan sebagainya)...Siasat???? Bilakah kesudahannya....

Entah la Labu.....

Bila kemelut ini akan berakhir????????





Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian...Sudah lama tidak ketemu ya.he2.Bukan ape....terlupa password plak....sbb berapa kali dah bertukar password....insyaAllah ini kali terakhir tukar.he2.
Kembali kepada tajuk yang mungkin sesuai kita bincangkan pada masa ini....tidak lain dan tidak bukan sekarang ini hangat bukan setakat di pasaran (bak kata Adam AF), tapi juga hangat di perak, di istana, di Pejabat SUK Perak. Hari-hari akhbar melaporkan berkenaan isu Perak.Semalam sahaja menyaksikan keputusan besar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan jawatan MB Perak dipegang oleh D.S Ir. Mohd Nizar Jamaludin tetapi tak sampai 48 jam, ianya ditarik semula petang ini.....Bingung,bingung,bingung...
Apa kita nak buat?
Wait n see? Tak boleh wait n see sahaja, nanti Tuhan persoalkan di akhirat membiarkan keadaan tak tenteram yang membimbangkan banyak pihak terutama rakyat tempatan...Usaha kita paling sedikit dilihat oleh Allah ialah dengan mendoakan keputusan yang terbaik,adil dan berperikemanusiaan...Itu yang wajar kita mohon sama-sama daripada Allah SWT agar kita semua tak kira golongan atasan, pertengahan atau bawahan yang mana kesemuanya akan bertaraf sama di akhirat nanti supaya kita semua berfikiran matang dan jangan melanggar fitrah Allah menjadikan manusia sebagai 'The Perfect Creation'....
Siapa patut jadi MB Perak?
Jangan terlalu mempersoalkan itu, tetapi apa yang perlu kita lihat dan fokus adalah bagaimana memberhentikan kemelut ini dengan cara membuang nafsu amarah dan menyisihkan amalan fitnah yang semakin hari semakin berleluasa....