Sunday, July 31, 2011

Latihan Bermula

Assalamualaikum wbt & salam ramadhan al-Mubarak...

Hari ini 01 Ogos 2011, seluruh umat Islam di Malaysia mula melaksanakan ibadah puasa bagi tahun 2011/1432H. Selalunya bila mulanya puasa yang penuh adalah masjid,gerai-gerai, bazaar dan sebaginya. Manakala makanan yang paling popular ialah buah kurma.Alhamdulillah bertambahlah rezeki Pak Yusof Tayyub kita...

saya bukan ingin menceritakan kemeriahan menyambut awal ramdhan yang saya kira pembaca lebih arif mengenainya. Saya ingin membawa kepada konsep sebenar apa itu ramadhan dan apakah sebenar hikmah ganjaran berlipat kali ganda di bulan ramadhan.

Tuan/Puan yang dirahmati,

Ramadhan sebenarnya bukanlah waktu atau platform untuk meraih ganjaran berlipat ganda semata-mata, tetapi sebenarnya ramadhan yang dikurniakan oleh Allah SWT ada mesej lain di sebaliknya. Ia sengaja diangkat oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain kerana ingin membantu manusia meraih semaksimum ganjaran dan antara tujuan utama yang lain ialah sebagai medan latihan untuk hambanya melatih diri ringan beribadah kepada Allah SWT.Medan latihan ini dimotivasikan dengan ganjaran yang besar supaya manusia sekaliannya berasa usaha/ibadah mereka diterima/dirasai ganjarannya dan apa yang palin penting ialah menunjukkan sayangnya Allah SWT kepada hambaNya yang beriman.

Sifat sayang dan pemurah Allah ini tidak dapat dinafikan kerana pada bulan ramadhan sahaja, Allah telah menawarkan pelbagai nikmat dan ganjaran cuma terpulang kepada individu sama ada untuk meraihkannya ataupun tidak.

Justeru, rakan-rakan dan sahabat sekaliannya, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri terutamanya dan juga kalian semua untuk sama-sama kita manfaatkan bulan rahmat ini dan pada awalnya ini tidak salah untuk kita memaksa diri dahulu dan saya jamin sekiranya kita kerap memaksa diri untuk beribadah, nescaya suatu hari ia akan menjadi rutin dalam kehidupan seharian. inilah konsep dalam ramadhan, bulan yang melatih kita untuk terus beribadahkepada Allah dan kemenangan itu akan dirasai selepas berakhirnya ramadhan di mana kita mampu melaksanakan ibadah di bulan-bulan yang lain.

Sekian,

Sunday, July 24, 2011

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Assalamualaikum wbt. Setahun yang lalu (2010), saya telah keluarkan post yang sama. Saya sengaja menyalinkannya semula supaya kita ingat amalan kita setahun yang lalu(2010). setahun telah berlalu dan masa itu akan tiba lagi dalam masa seminggu dari sekarang. ADAKAH AZAM KITA KUAT UNTUK BERHADAPAN DENGAN RAMADHAN KALI INI???

Sajak ringkas untuk semua teman,

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.
.kerna aku tidak pasti kedatangannya untuk kali kedua.
.ibadah zakat dan juga puasa..adakah bisa menghapus dosa.
.seorang hamba kerdil yang hina..yang sentiasa mendamba.
.kasih rahmat yang maha Esa..ku berserah segalanya.
.berlindung di sebalik kekuasaanNya.
.menumpang rahmat bulannya yang mulia.
.mendakap kasih rahmat Tuhan yang maha kaya.
.berserah diri semata-mata.
.hanya kerana diri tidak berdaya.
.untuk menggalas amanahNya.
.khalifah Allah di atas dunia.


Salam Ramadhan 2011 sahabat-sahabat pembaca yang dirahmati Allah....di atas bukanlah ungkapan lirik lagu manbai mahupun siti nurhaliza..tetapi suatu warkah ungkapan rasa..seorang hamba yang hina..untuk memohon ampun dan rahmat dari Tuhannya.

Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang menjadikan diri kita seorang yang baru dan matang.jikalau dulu kita seorang yang jahil,kini kita seorang yang berpengetahuan..jika dahulu kita seorang yang fasiq, maka kini seorang yang 'alim.....Salam Ramadhan dan Salam 'Aidilfitri.......

Maaf Zahir & Batin.

Salman Razeni & family

Chit chat Chit chat

Assalamualaikum semua,

Sebarkanlah kebaikan walaupun hanya satu ayat.Dan sebarkan juga kebaikan walaupun hanya satu sen (Celcom)kerana mungkin satu ayat itu yang akan menyelamatkan kita di hari akhirat kelak.

Jngn bngga brkulit ptih krna klit trkhr kita=tnah liat
> " jngn bngga dngn rumh bgus n bsr krna rmh trkhr kt =kuburan
> " Jangan bangga dengan baju bagus karena baju Terakhir kita= kain kafan
> " jangan bangga dgn Mobil & Motor bagus ,karena kendaraan kita yang Terakhir = keranda.

SYAFAAT AL-QURAN

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung