Saturday, March 27, 2010

Program Bakti Pendidikan PETRONAS (PBPP)






Alhamdulillah... hari sabtu tidak disia-siakan dengan berlalu tanpa membuat apap-apa. Terasa puas selepas bermain dengan adik-adik bakal pemimpin masa depan kita nanti. Program ini adalah di bawah CSR (Corporate Services Responsibility) yang dikelolakan oleh PETRONAS yang bertujuan untuk membentuk serta memberikan pendedahan serta kesedaran kepada adik-adik sekolah rendah tentang akademik & bukan akademik. Dan hari ini, berkesempatan untuk bersama adik-adik di sekolah kebangsaan Kampung jepak, Bintulu...Pada hari ini, pelajaran atau program kita bertemakan Earth Hour iaitu sempena Earth Hour dunia pada hari ini jam 8.30pm (27 March 2010).Di kesempatan ini kita berkongsi dengan adik-adik tentang kepentingan menjaga alam sekitar di mana sebagaimana yang semua sedia maklum ianya adalah anugerah Allah yang wajib kita semua jaga tidak kira siapa dia...

Monday, March 22, 2010

Menghitung Bulan Terakhir Bergelar Mahasiswa


Tanggal 18 April 2010 nanti, sekiranya diizinkan oleh Allah SWT, saya akan berjaya menamatkan pengajian saya sebagai bakal graduan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Inilah sebenarnya sebahagian daripada hadiah saya untuk keluarga terutama mak,ayah dan abg serta kakak-kakak di kampung.Setelah hampir 16 tahun belajar bermula di bangku sekolah rendah, kini saya hampir menjadi salah seorang daripada pemegang ijazah yang bakal diterima pada bulan Oktober nanti Insyallah...
Namun, persoalan yang merungsingkan sekarang, di mana harus aku menyambung untuk terus bekerja. Pada hari ini, ijazah tidak menjanjikan pekerjaan.Saya semakin risau dan membuatkan pemikiran jadi kusut...Apakah yang bakal terjadi pada masa depanku...

Sebenarnya jawapannya ada dalam Islam. Rezeki itu dari Allah dan berada di seluruh merata dunia...Nah...rezeki itu bukan siapa-siapa tentukan...kalau ditakdirkan rezeki saya bersama MLNG, insyaAllah.....itu semua datang dari Allah SWT....

Jadi kepada sahabat/teman yang masih dalam dilema seperti saya, jangan takut,rezeki ada di mana-mana cuma dengan bersyaratkan kita senantiasa taat dengan perintah Allah dan berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik dan mengikut syarak....

Kepada sahabat2 juga mohon untuk doakan diri yang dhaif ini agar mendapat pekerjaan yang baik dan halal dan semoga urusan saya semuanya dipermudahkan...

Wallahualam...

Koleksi Kenangan : Misi Ziarah Kampung Kuala Segan Bintulu SARAWAK #2






Di sini saya kongsikan gambar kenangan yang sempat diambil...moga ianya bisa menggamit hati dan perasaan kita semua untuk terus bersyukur dan sedia berkhidmat untuk agama, bangsa & negara kita...InsyaAllah

Saturday, March 20, 2010

Misi Ziarah Kampung Kuala Segan Bintulu SARAWAK



20 Mac 2010 : 3.50 ptg :Kampung Kuala Segan

Setelah selesai program Qiamullail dan sembelihan ayam, tanpa mengira penat dan letihnya, terus menuju ke Kampung Kuala Segan Bintulu untuk misi ziarah saudara di sana bersama Yayasan Amal Malaysia (Unit Bintulu) dan Jabatan kebajikan & Kemasyarakatan ABF(Asean Bintulu Fertilizer). Keletihan tidak terasa melihat sambutan orang ramai di masjid sebelum bergerak ke sekitar kampung bagi mengagihkan sedikit bantuan makanan aasi yang tidak seberapa. Tujuan tidak lain dan tidak bukan adalah atas dasar tanggungjawab sesama Islam di mana Islam mengamalkan prinsip setiap daripada penganutnya adalah bersaudara.
Pada jam sekitar 4.15ptg, bermulanya misi pergi dari rumah ke rumah yang telah dikenalpasti untuk menerima bantuan ini.
Rasa terkilan sekali mengenangkan diri yang kadangkala masih tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT sedangkan ada lagi golongan yang lebih tidak bernasib baik daripada kita. Terharu juga bile mendengar ungkapan terima kasih yang keluar dari hati penerima walaupun pada hakikatnya bantuan adalah terlalu kecil, namun sifat menghargai itu jarang kita dapati pada mereka yang diberi rezeki lebih oleh Allah SWT.
Setelah itu, disambung pula aktiviti ceramah agama di masjid di sebelah malamnya. Suasana yang cukup ceria di mana kehadiran penduduk kampung serta kerenah anak-anak membuatkan hati terasa puas berkongsi kegembiraan..
Daripada misi ini kita boleh berkongsi pengalaman
1- Sifat syukur kita di mana tahapnya?Kalau kita fikir kita orang yang miskin, tidak diberi Allah rezeki, cuba fikir mereka yang lebih dahsyatnya ujian daripada kita.
2- Tanggungjawab kita bukan sekadar suami kepada isteri, ayah ib kepada anak-anak, tetapi meliputi semua atau seluruh umat Islam dan ummah secara amnya.
3- Rezeki yang kita perolehi bukanlah untuk diberikan kepada diri sendiri, sebaliknya,untuk dirasai bersama kerana semuanya pinjaman Allah SWT sahaja.

Kepada rakan-rakan, teman-teman, kalau ada peluang sebegini, janganlah kita sia-siakan kerana ianya juga proses tarbiyyah kepada diri kita sendiri..




Wallhualam.

Tuesday, March 9, 2010

Time to change and ready for changes.....

Assalamualaikum wbt my friends....

Just wondering what should I have for my post title this time. So I just choose one (not one Malaysia)...he2....Changes!what actually things that should we change?

If yesterday we fill uncomfortable being in mosque for 15 minutes, we should changes to feel guilty and uncomfortable at the cinema watching movies with our friends for 1 or 2 hours.

If yesterday we fill like we are busy with our jobs and count for the salary that we will get at the end of the month, so change it and try to be busy counts the mistakes that we have done everyday.

If yesterday our planning is to visit London for our honeymoon after getting married, change to have a trip to Holy land for the Hajj or "umrah" at least once before end of the life.

If yesterday, We entertained by the songs that focus on girls & loves, change to the songs that remind us with Allah and our death day.

If yesterday u feel that u are the poorest and unlucky person in this world, change ur mind to think and remember the others besides u that has no food and even the shelters.

If yesterday, you feel like the God is unfair, change to think how fair you are with your God?????

Stop thinking yesterday and CHANGE to think for tomorrow....

Wallahualam...



::Salman As-Sarawaki::