Tuesday, May 12, 2009

Bila kemelut ini akan berakhir????????





Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian...Sudah lama tidak ketemu ya.he2.Bukan ape....terlupa password plak....sbb berapa kali dah bertukar password....insyaAllah ini kali terakhir tukar.he2.
Kembali kepada tajuk yang mungkin sesuai kita bincangkan pada masa ini....tidak lain dan tidak bukan sekarang ini hangat bukan setakat di pasaran (bak kata Adam AF), tapi juga hangat di perak, di istana, di Pejabat SUK Perak. Hari-hari akhbar melaporkan berkenaan isu Perak.Semalam sahaja menyaksikan keputusan besar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan jawatan MB Perak dipegang oleh D.S Ir. Mohd Nizar Jamaludin tetapi tak sampai 48 jam, ianya ditarik semula petang ini.....Bingung,bingung,bingung...
Apa kita nak buat?
Wait n see? Tak boleh wait n see sahaja, nanti Tuhan persoalkan di akhirat membiarkan keadaan tak tenteram yang membimbangkan banyak pihak terutama rakyat tempatan...Usaha kita paling sedikit dilihat oleh Allah ialah dengan mendoakan keputusan yang terbaik,adil dan berperikemanusiaan...Itu yang wajar kita mohon sama-sama daripada Allah SWT agar kita semua tak kira golongan atasan, pertengahan atau bawahan yang mana kesemuanya akan bertaraf sama di akhirat nanti supaya kita semua berfikiran matang dan jangan melanggar fitrah Allah menjadikan manusia sebagai 'The Perfect Creation'....
Siapa patut jadi MB Perak?
Jangan terlalu mempersoalkan itu, tetapi apa yang perlu kita lihat dan fokus adalah bagaimana memberhentikan kemelut ini dengan cara membuang nafsu amarah dan menyisihkan amalan fitnah yang semakin hari semakin berleluasa....

No comments: