Wednesday, May 13, 2009

<>




‘POLITIK BARU’ ialah kembali kepada politik lama.


Assalamualaikum wbt & salam ukhuwah.

Hari ini tak lekang dek telinga kita mendengar khabar berita dan coretan mengenai politik dan isu berkaitan dengannya.Ramai pihak yang tidak mahu terkecuali dengan perubahan yang hampir setiap waktu berlaku.Ramai juga yang tahu,ramai yang tak tahu,ramai yang buat-buat tahu dan ramai yang tak mahu ambil tahu.Namun, apa pun pendirian kita, semuanya tetap berlaku dan terus berlaku da ianya terus menjadi bahan bualan semasa dan kadang-kadang menjadi bahan untuk bersembang di warung-warung dan kedai-kedai kopi….

Pada masa yang sama, ramai yang mencanangkan supaya politik baru diperkasakan dan hilangkan politik lama yang penuh dengan penipuan,penindasan kezaliman dan sebagainya. Ramai bersetuju untuk berubahlah kepada politik yang baru termasuk juga ana sendiri rasanya. Semua rakyat inginkan politik baru yang adil, jujur dan berpandangan meluas.
Namun,
Pernahkah kita terfikir dan adakah kita tahu apakah sebenarnya POLITIK BARU yang dicanangkan itu???

Sebenarnya, pada pandangan diri ana yang dhaif lagi hina ini, POLITIK BARU yang kita dok canang-canangkan itu sebenarnya kita perlu beralih semula kepada politik lama!!!
Kenapa pulak???


Kerana dalam segala hal Nabi Muhammad SAW telahpun anjurkan lebih 1400 tahun yang lampau. Kita hari ini spatutnya kembali semula kepada politik lama yang Nabi pernah buat. Bagaimana Nabi buat??? Al-Quran dan Sunnah menjadi perlembagaan, undang-undang dan rujukan utama.Barisan cabinet yang terdiri daripada wakil yang bukan sahaja professional tetapi sangat dekat dengan Allah SWT. Islam sebenar sebagai konsep dan prinsip pemerintahan. Rakyat sebagai rakan bukan orang bawahan. Peribadi muslim sebagai ukuran dalam perlantikan hakim,perlantikan speaker dan lain-lain jawatan..(menjadi ukuran).Ulamak bukan penyangak diletak di tempat yang sepatutnya.

Itulah yang Nabi buat. Jadi, tak perlu susah payah kita fikir & cadang itu ini untuk memperbaiki hidup MALAYSIA hari ini terutamanya. Nabi dah sediakan.Tinggal kita sebagai umatnya ambil iktibar, sesuaikan dengan zaman dan ikut apa yang Nabi anjurkan.InsyaAllah kalau semua nak kea rah itu dengan hati yang ikhlas, tidak mustahil MALAYSIA akan menjadi Negara Islam yang sebenar.
Wallahualam…

No comments: