Assalamualaikum wbt....salam perpaduan.
Persoalan yang mungkin bagi sesetengah pihak agak biasa tetapi sebaliknya dan sepatutnya kita persoalkan kenapa ia boleh timbul?
Apakah Islam hari ini adalah semata-mata alat/medium yang boleh dihina,dicerca sesuka hati?Baru-baru ini keluar lagi sekali satu terbitan video yang tidak bertamadun menghina secara terang-terangan Islam yang mana tanpa segan silu mempergunakan nama Nabi Muhammad dan mengeluarkan hadis yang tidak logik dek akal dan tidak termaktub dalam mana-mana kitab bahkan kitab budak tadika pun tak ada yang mengeluarkan kata-kata yang sebegitu 'dungu' sekali.Dalam klip tersebut (1 minit lebih) menunjukkan seorang lelaki yang membaca hadis palsu (loghat melayu cina) menghina Nabi mengeluarkan hadis yang membenarkan orang Islam memakan BABI dan dihapuskan dosa sekiranya melakukan perkara yang demikian...Ini cukup memalukan dan cukup tidak bertamadun...
Nasib baik ada lagi orang Islam yang masih sensitif tentang isu ini menghebahkan tentang berita untuk dikongsikan bersama walaupun pihak berkuasa melarang daripada sebarang penyebaran....Kenapa nak dihalang???kalau tak disebar, orang melayu tidak nampak bahwa Islam sedang dihina...apa yang lagi mnyedihkan perkara ini bukan berlaku di USA, Belanda, Turki, negara eropah dan sebagainya tetapi berlaku di bumi hadhari MALAYSIA....kalau dulu kita marah orang belanda lukis karikator Nabi, orang USA tindas orang Islam, tapi kini depan mata kita sendiri kenapa tidak ada tindakan serius.....(bantahan dan sebagainya)...Siasat???? Bilakah kesudahannya....
Entah la Labu.....
1 comment:
salam.. dh emel kt metro, hatta grafik designer skalipon.. xde feedback smpi ri ni..
nmpknye, isu menteri besar perak lebih besor dr isu penghinaan ats islam.. mm
Post a Comment