Saturday, March 20, 2010

Misi Ziarah Kampung Kuala Segan Bintulu SARAWAK



20 Mac 2010 : 3.50 ptg :Kampung Kuala Segan

Setelah selesai program Qiamullail dan sembelihan ayam, tanpa mengira penat dan letihnya, terus menuju ke Kampung Kuala Segan Bintulu untuk misi ziarah saudara di sana bersama Yayasan Amal Malaysia (Unit Bintulu) dan Jabatan kebajikan & Kemasyarakatan ABF(Asean Bintulu Fertilizer). Keletihan tidak terasa melihat sambutan orang ramai di masjid sebelum bergerak ke sekitar kampung bagi mengagihkan sedikit bantuan makanan aasi yang tidak seberapa. Tujuan tidak lain dan tidak bukan adalah atas dasar tanggungjawab sesama Islam di mana Islam mengamalkan prinsip setiap daripada penganutnya adalah bersaudara.
Pada jam sekitar 4.15ptg, bermulanya misi pergi dari rumah ke rumah yang telah dikenalpasti untuk menerima bantuan ini.
Rasa terkilan sekali mengenangkan diri yang kadangkala masih tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT sedangkan ada lagi golongan yang lebih tidak bernasib baik daripada kita. Terharu juga bile mendengar ungkapan terima kasih yang keluar dari hati penerima walaupun pada hakikatnya bantuan adalah terlalu kecil, namun sifat menghargai itu jarang kita dapati pada mereka yang diberi rezeki lebih oleh Allah SWT.
Setelah itu, disambung pula aktiviti ceramah agama di masjid di sebelah malamnya. Suasana yang cukup ceria di mana kehadiran penduduk kampung serta kerenah anak-anak membuatkan hati terasa puas berkongsi kegembiraan..
Daripada misi ini kita boleh berkongsi pengalaman
1- Sifat syukur kita di mana tahapnya?Kalau kita fikir kita orang yang miskin, tidak diberi Allah rezeki, cuba fikir mereka yang lebih dahsyatnya ujian daripada kita.
2- Tanggungjawab kita bukan sekadar suami kepada isteri, ayah ib kepada anak-anak, tetapi meliputi semua atau seluruh umat Islam dan ummah secara amnya.
3- Rezeki yang kita perolehi bukanlah untuk diberikan kepada diri sendiri, sebaliknya,untuk dirasai bersama kerana semuanya pinjaman Allah SWT sahaja.

Kepada rakan-rakan, teman-teman, kalau ada peluang sebegini, janganlah kita sia-siakan kerana ianya juga proses tarbiyyah kepada diri kita sendiri..




Wallhualam.

4 comments:

나 지 랗 El-yahya said...

terima kasih kerana mengunjungi kampung kami. :D

btw, saya nazirah, anak kepada imam surau kampung itu. selamat berkenalan.

Salman Razeni said...

ooo...anak Pak Wan or Pak Jamal....saya pergi atas dasar tanggungjawab sahaja sesama manusia...:-)Hopefully Allah bagi peluang sebegini lagi...

Mr.MuFF!n said...

Assalamuaikum....terima kasih...atas bantuan yang di berikan kepada penduduk Kampung Kuala Segan,semoga perjuangan saudara sekalian di Rahmati ALLAH..........

나 지 랗 El-yahya said...

anak pak wan. :D
imam sekarang. pak jamal imam dahulu.