Saturday, March 27, 2010

Program Bakti Pendidikan PETRONAS (PBPP)






Alhamdulillah... hari sabtu tidak disia-siakan dengan berlalu tanpa membuat apap-apa. Terasa puas selepas bermain dengan adik-adik bakal pemimpin masa depan kita nanti. Program ini adalah di bawah CSR (Corporate Services Responsibility) yang dikelolakan oleh PETRONAS yang bertujuan untuk membentuk serta memberikan pendedahan serta kesedaran kepada adik-adik sekolah rendah tentang akademik & bukan akademik. Dan hari ini, berkesempatan untuk bersama adik-adik di sekolah kebangsaan Kampung jepak, Bintulu...Pada hari ini, pelajaran atau program kita bertemakan Earth Hour iaitu sempena Earth Hour dunia pada hari ini jam 8.30pm (27 March 2010).Di kesempatan ini kita berkongsi dengan adik-adik tentang kepentingan menjaga alam sekitar di mana sebagaimana yang semua sedia maklum ianya adalah anugerah Allah yang wajib kita semua jaga tidak kira siapa dia...

No comments: