Monday, December 13, 2010

Kahwin Oh Kahwin (part II)


Assalamualaikum wbt...

Ni nak habaq mai satu cerita!!! tengok semua pakat dengaq kalau bab bab kahwin ni....Sekarang ni secara kebiasaannya musim cuti sekolah je,mesti ramai saudara,kawan-kawan kita yang melangsungkan majlis pertunangan ataupun perkahwinan.Ramai lah kita tengok jejaka yang dahulu muram mukanya sekarang masuk pejabat dah ceria...almaklumlah dah ada orang rumah.

Perkahwinan diibaratkan seperti berdayung di tengah lautan dengan menggunakan perahu kecil.Kestabilan perahu akan ditentukan oleh kemahiran dan kerjasama pendayung dan penumpangnya yang lain.Sekiranya pendayung yang mahir tetapi tiada kerjasama daripada penumpang lain, maka bila-bila masa perahu tersebut akan karam.Begitu juga kalau penumpang memberi kerjasama tetapi pendayung tidak tahu memandu perahu tersebut, nescaya harapan untuk sampai dan berdayung dengan selamat itu amat tipis.Ia akan menjadi semakin sukar sekiranya penumpang dalam perahu tersebut bertambah.Dalam situasi ini, kesemuanya perlu bertolak ansur dan bekerjasama dan tidak hanya menyalahkan pendayung dan penumpang asal sahaj sekiranya karam/sesat.

Justeru, kedua-dua pihak (si pendayung/nakhoda dan penumpang) memerlukan kolaberasi yang kuat antara satu sama lain supaya perjalanan itu akan menjadi lebih bermakna,ceria dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Begitulah juga realiti kehidupan di alam perkahwinan.Keluarga yang bahagia hanya akan wujud dalam suasana yang bertolak ansur.Kita tidak menafikan pergaduhan/perselisihan pendapat memang akan wujud tetatpi yang lebih penting adalah bukan mencari punca masalah tetapi jalan penyelesaian terhadap pergolakan/permasalahan yang sedang berlaku. Dalam kehidupan berkongsi, kedua-dua pihak wajib mengetahui sikap,tabiat dan perangai pasangan masing-masing.Hukum berkasih sayang (seperti pada posting saya yang lalu)mesti diamati dan difahami dengan teliti. Penumpang perahu yang ramai diibaratkan anak yang semakin bertambah (saiz keluarga bertambah).Ini akan menambahkan beban kepada si pendayung(si ayah) dan penumpang utama(si ibu)dan tidak boleh menyalahkan ibu bapa semata-mata sekiranya pergolakan berlaku dalm rumahtangga.Anak-anak juga amat memainkan peranan dalam mengawal emosi ibu bapa dalam sesebuah keluarga.

Ayuuh,,,membina masjid adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan janganlah ia dibuat secara sambil lewa hanya kerana suka,hanya kerana cinta.Cinta tidak menjamin kebahagiaan tetapi yang menjamin kebahagiaan adalah TAQWA. Taqwa kepada Allah dan menjalankan sunnah Nabi adalah tujuan utama melangkah ke alam PERKAHWINAN...

Renung-renungkanlah....

P/S: Kepada sahabat,saudara,teman yang dah nak kahwin tu, selamat melangkah ke gerbang rumahtangga dan saya sentiasa mendoakan kebahagiaan semua.Doakan saya ni jugak taw yang tengah membujang ni....calon pon xdok lagi ni...amacam ni......he3


Wallahualam...


Posted by:

Salman Razeni
EE LPB

Sunday, December 5, 2010

Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum,

Teringat kenangan ketika berusia 6-11 tahun, di bangku sekolah rendah, tinggi badan masih x sampai semeter dan berat badana hanya sekitar 2o-25kg.
Ketika musim maal hijrah inilah lagu yang paling selalu kedengaran ialah lagu hijrah....

Sedikit petikan lagu:

"Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan"

Masa inilah dengan semangat yang luar biasa menyanyi dengan sekuat nada dan suara tapi sebenarnya kekuatan itu cuma sekejap dan penghayatan hijrah itu cuma bermusim dan menyingkap erti pengorbanan, perjuangan itu hanya sementara.

Setiap kali maal hijrah pastinya kita akan mendengar satu persoalan yang saban tahun ditanya Apakah makna Hijrah yang sebenarnya????

Persoalan ini jika diteliti mempunyai maksud yang terlalu luas dan subjektif.Individu yang berlainan akan mempunyai tafsiran yang juga berlainan mengenai makna dan erti sebenar hijrah.

Namun, asasnya, kehidupan manusiamemerlukan hijrah dan penghijrahan ini akan senantiasa berlaku secara sedar ataupun secara yang diluarjangka atau tidak sedar ianya berlalu.hijrah bukan sahaja merujuk kepada perubahan daripada perkara positif kepada perkara negatif tetapi hijrah juga boleh berlaku sebaliknya. Justeru mengahayati dan mendalami hijrah ini amat perlu kerana ia bisa mematangkan kita sebagai manusia yang sering dalam kealpaan ini.

Justeru, saya menyeru rakan-rakan sahabat-sahabat dan temana-teman, mari, mari kita sahut cabaran untuk berhijrah. Tidak kiralah berapa banyak dosa yang kita ada, dan berapa banyak kemurkaan Allah yang kita ada, sesungguhNya pintu taubat Allah senantiasa terbuka dan Allah SWT Maha Mengasihani.

Kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan salam Maal Hijrah 1432H 2010 ini semoga ianya menjadi titik tolak untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih progresif, produktif dan berdaya saing selaras dengan Agama Islam yang kita anuti.

Wallhualam.

By;
Salman Razeni

Thursday, December 2, 2010

hukum Kasih Sayang


Assalamualaikum

Hari ni hari jumaat dan kebiasaannya lepas sembahyang jumaat kita mungkin pergi makan,lepak sebelum balik pejabat dsb. tapi mungkin sebab tajuk hari ni lain sikit, alkisahnya TERtengoklah rancangan Al-Hidayah (biasa x usik pun...he3)sebab tu terasa nak menulis berkongsi apa yang sedikit diberi olehNya.

Perkara seperti di atas adalah dirujuk...
Aik!macam surat rasmi daaa...

Saya suka untuk berkongsi apa yang dimaksudkan hukum dalam berkasih sayang. Dalam kita menjalani kehidupan dan semestinya menjadi lumrah manusia ingin untuk disayangi dan sampai masa akan berkeinginan untuk menyayangi.tapi apakah punca kenapa kasih sayang kian luntur dan ada yang sehingga tidak wujud lagi kasih sayang terutamanya dalam rumahtangga.

Sebenarnya, hukum kasih sayang adalah "KEDUA-DUA PIHAK MESTI MEMPUNYAIO KEINGINAN UNTUK MEMBERI KASIH SAYANG DAN BUKAN UNTUK MENUNGGU MENERIMA KASIH SAYANG DARIPADA ORANG LAIN".

Dalam kita berkasih sayang kita sering disalah tafsirkan oleh mengenai kasih sayang. Bagi memastikan kasih sayang terus berlanjutan biarpun berpuluhan tahun bercinta, berkasih, bertunang atau berkahwin dan berkeluarga, kesemua pihak mesti bersedia untuk MEMBERI kasih sayang dan bukan untuk menerima.Kalau ada di antara keduanya mempunyai perasaan yang senantiasa untuk menerima kasih sayang, maka tidak lamalah rumahtangga atau hubungan tersebut.

mari lihat secara logiknya (mentang-mentang orang teknikal, asyik tengok logik je!).
Secara logiknya, hari hari seorang isteri mengharapkan si suami memberikan kasih sayang kepadanya. Pada suatu hari si suami keletihan dan tidak berada dalam "mood" yang stabil, si isteri pula sibuk mengharapkan supaya si suami memberinya kasih sayang...tatkala beginilah pertengkaran, pergolakan dan pergaduhan sering berklaku dan sekiranya gagal mengawalnya maka akan terjadinya perpisahan atau perceraian. Ini kerana si suami berada juga dalam keadaan yang mengharapkan kasih sayang dan begitu juga si isteri mengharapkan kasih sayang suiami. Disebabkan kedua-duanya gagal memberi kepada individu masing-masing maka pertengkaran mula tercetus.

Senang kan???
Justeru, mulai daripada sekarang, saya mengharapkan kita semua memahami hukum berkasih sayang ini dan kita buang jauh-jauh hasrat,niat, perasaan untuk asyik ingin menerima kasih sayang sahaja.

Mari tingkatkan rasa untuk menyayangi....

Berkasih sayanglah mengikut keterbatasan agama!


Salam SAYANG!!!
Wallahualam.