Monday, December 13, 2010

Kahwin Oh Kahwin (part II)


Assalamualaikum wbt...

Ni nak habaq mai satu cerita!!! tengok semua pakat dengaq kalau bab bab kahwin ni....Sekarang ni secara kebiasaannya musim cuti sekolah je,mesti ramai saudara,kawan-kawan kita yang melangsungkan majlis pertunangan ataupun perkahwinan.Ramai lah kita tengok jejaka yang dahulu muram mukanya sekarang masuk pejabat dah ceria...almaklumlah dah ada orang rumah.

Perkahwinan diibaratkan seperti berdayung di tengah lautan dengan menggunakan perahu kecil.Kestabilan perahu akan ditentukan oleh kemahiran dan kerjasama pendayung dan penumpangnya yang lain.Sekiranya pendayung yang mahir tetapi tiada kerjasama daripada penumpang lain, maka bila-bila masa perahu tersebut akan karam.Begitu juga kalau penumpang memberi kerjasama tetapi pendayung tidak tahu memandu perahu tersebut, nescaya harapan untuk sampai dan berdayung dengan selamat itu amat tipis.Ia akan menjadi semakin sukar sekiranya penumpang dalam perahu tersebut bertambah.Dalam situasi ini, kesemuanya perlu bertolak ansur dan bekerjasama dan tidak hanya menyalahkan pendayung dan penumpang asal sahaj sekiranya karam/sesat.

Justeru, kedua-dua pihak (si pendayung/nakhoda dan penumpang) memerlukan kolaberasi yang kuat antara satu sama lain supaya perjalanan itu akan menjadi lebih bermakna,ceria dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

Begitulah juga realiti kehidupan di alam perkahwinan.Keluarga yang bahagia hanya akan wujud dalam suasana yang bertolak ansur.Kita tidak menafikan pergaduhan/perselisihan pendapat memang akan wujud tetatpi yang lebih penting adalah bukan mencari punca masalah tetapi jalan penyelesaian terhadap pergolakan/permasalahan yang sedang berlaku. Dalam kehidupan berkongsi, kedua-dua pihak wajib mengetahui sikap,tabiat dan perangai pasangan masing-masing.Hukum berkasih sayang (seperti pada posting saya yang lalu)mesti diamati dan difahami dengan teliti. Penumpang perahu yang ramai diibaratkan anak yang semakin bertambah (saiz keluarga bertambah).Ini akan menambahkan beban kepada si pendayung(si ayah) dan penumpang utama(si ibu)dan tidak boleh menyalahkan ibu bapa semata-mata sekiranya pergolakan berlaku dalm rumahtangga.Anak-anak juga amat memainkan peranan dalam mengawal emosi ibu bapa dalam sesebuah keluarga.

Ayuuh,,,membina masjid adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan janganlah ia dibuat secara sambil lewa hanya kerana suka,hanya kerana cinta.Cinta tidak menjamin kebahagiaan tetapi yang menjamin kebahagiaan adalah TAQWA. Taqwa kepada Allah dan menjalankan sunnah Nabi adalah tujuan utama melangkah ke alam PERKAHWINAN...

Renung-renungkanlah....

P/S: Kepada sahabat,saudara,teman yang dah nak kahwin tu, selamat melangkah ke gerbang rumahtangga dan saya sentiasa mendoakan kebahagiaan semua.Doakan saya ni jugak taw yang tengah membujang ni....calon pon xdok lagi ni...amacam ni......he3


Wallahualam...


Posted by:

Salman Razeni
EE LPB

3 comments:

azliyamin said...

ala salman..anta tu ana rasa ramai kot budak UMP yang boleh anta pilih. ramai yg baik2 salman... budak kelas kita pn ada tgk ada 2 org yg anta boleh cuba merisik.. 2 org tu ana yakin pilihan the best. lagi satu kat MPP dulu pn ada yg baik2 man... propose la sorg. anta gaji pn ana rasa di tahap stabil.

Salman Razeni said...

hahaha......
nak balik sarawak lah plak rasenye li...he3....xpe...stabilkan hidup sikit lagi.....kahwin xpe...anytime boleh je...he3.

Darin Amani said...

waaa...mcm tak lama je tu..jgn lupa jemput tau.mana tau bole makan angin ke sarawak pulak =)