Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat ana yang masih setia membuka blog ni walaupun tiada apa-apa di dalamnya. Mungkin tajuk di atas agak biasa kita dengari, perhati, atau pernah kita alami di mana kita berada dalam situasi membuat keputusan tak kira kecil atau besar. Dalam keadaan dilema tersebut kita terpaksa memilih antara satu samada berpihak kepada apa yang diajar dalam agama atau membuatnya demi nama yang harus dijaga.Inilah sebenarnya realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Terlalu banyak perkara atau peristiwa yang memerlukan kekuatan iman dan ketahanan prinsip. Ramai di kalangan manusia termasuk yang menulis ini tertewas dalam ujian yang Allah kurniakan ini dan sewenang-wenangnya memilih jalan yang berpihak kepada nama daripada mengutamakan agama. Inilah faktor kenapa rasuah sering terjadi, penipuan di sana sini dan kekejaman yang tidak mengenal simpati.
Sudah hampir 3 minggu ana berada di MLNG Bintulu ni sebagai pelatih dan ada juga pelajaran baru setiap hari. Namun terasa diri kosong kerana kurangnya tazkirah, peringatan, ceramah dan lain-lainnya. Dan sepanjang tempoh tersebut walaupun agak singkat namun ada peristiwa yang ana hendak kongsikan dengan para sahabat mengenai tajuk di atas. Seperti yang katakan tadi, si penulis juga tidak terkecuali mengalami situasi tersebut. Peristiwa ini mungkin boleh diadikan iktibar untuk kita semua. Ada suatu hari, sedang berehat setelah melaksanakan tugas/kerja, seorang kontraktor membahaskan dirinya abang telah meminta pertolongan dariapda ana untuk membuta satu salinan dokumen di pejabat. Beliau tidak dapat berbuat demikian kerana dia seorang kontraktor dan bukan perkerja di situ. Jadi ana pun ambillah dokumen tersebut. Dokumen tersebut tiada kaitan dengan kerja-kerja di MLNG sebaliknya berkaitan dengan personal loan rumahnya. Jadi ana pun tanpa fikir panjang dan atas dasar menolong pergi ke pejabat dan mohon untuk menggunakan mesin pencetak.Sedang mengolah mesin tersebut, ALHAMDULILLAH Allah masih sayangkan ana kerana mengingatkan ana kepada sesuatu. Ana tiba-tiba terfikir bahawa dokumen ini tiada kaitan dengan pekerjaan di MLNG dan kenapa ana boleh menggunakan harta benda MLNG untuk melakukan kerja luar. Ini sebenarnya sudah salah dan tidak sepatutnya ana berbuat demikian. Ana jadi resah dan berada dalam dilema. kalau ana tak tolong mungkin kontraktor tadi akan marah atau tak senag dengan ana tambahan pula ana seorang pelatih sahaja. Tapi kalau ana teruskan juga ana sudahpun melanggar etika iaitu gunakan harta benda syarikat untuk kepentingan peribadi. Di sini kita lihat bagaimana realiti ini serig terjadi dalam masyarakat kita. Ana pun ambil jalan tengah demi pertahankan prinsip ana keluar ke kedai potostat luar bdan buatkan salinan dengan modal sendiri. Selepas itu, ana serahkan semula kepada kontraktor itu dan ana rasa senang hati walaupun terpaksa korbankan sedikit modal, tetapi ana telah menyelamatkan iman ana yang hanya setebal kulit bawang ni dan selamatkan juga hati dan hubungan ana dengan kontraktor tersebut.
pengajaran dari cerita ini mungkin boleh kita ambil dan ana tidak sesekali terlintas untuk membangga diri tetapi hanya ntuk berkongsi realiti masyarakat untuk tatapan sahabat terutama yang akan menjalani latihan industri nanti.Walaupun kesnya sangat kecil iaitu hanya melibatkan potostat, tetapi Allah tidak menilai jumlah tetapi etika yang salah tetap salah di sisiNya.
Salman As-Sarawaki
MLNG Bintulu
Sarawak
1 comment:
Sewajarnya bila ada pekerja n pemuda mcm sdr salman,ana amat hargai n percaya masih ada Pemuda Islam yangpenuh berprinsip dalam bekerja...
Mahasiswa Peduli
Post a Comment