Thursday, January 14, 2010

Kenapa Saya Bergelar Majlis Perwakilan Pelajar???

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Alhamdulillah, dah hampir dua minggu berada di Petronas MLNG Bintulu ni dan kekadang terasa rindu dengan alam pembelajaran universiti. Namun perjuangan tetap diteruskan walau di mana kita dilempar dan berkhidmat.Tentunya sekarang ini bahang pilihanraya kampus tengah membara dan hampir semua IPT akan menyaksikan pertukaran tampuk pimpinan yang berikutnya untuk tempoh sepenggal (setahun) akan datang. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para sahabat dan pembaca yang dirahmati Allah sekalian berhubung pandangan peribadi semata-mata mengenai tajuk di atas: Kenapa Saya Bergelar Majlis Perwakilan Pelajar??? Soalan ini ditanya oleh seorang sahabat kita yang rasanya beliau akan bertanding pada sesi kali ini.

KENAPA PERLU?


Sebagai pemula bicara baik kita renung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu sendiri. Bila kita sebut mengenai majlis, ianya adalah bersifat "ekslusif" atau terhad kepada individu berkaitan sahaja. Perwakilan memebawa erti kita selaku yang di depan dan mewakilkan: Siapa yang kita wakilkan? Soalan tersebut bisa membawa kita kpada matlamat mengapa kita menjadi MPP iaitu wakl kepada pelajar atau mahasiswa.
Seterusnya pandangan saya secara peribadi mengapa kita PERLU menjadi/mewakili pelajar? Kita renung sejenak, siapa lagi yang akan membela nasib mahasiswa kalau tiadanya MPP? Staf?,Menteri?, Perdana Menteri?, Yang Di-Pertuan Aging? atau orang lain? Dalam Al-Quran ada menyebut, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Siapa kaum itu? kaum sekarang ini ialah kaum pelajar. baik, kalau pelajar tidak mengubah nasb pelajar itu sendiri maka Tuhan juga tidak akan membantu kita untuk mengubah nasib kita.

Selain itu, kenapa saya PERLU menjadi MPP? kerana saya khuatir tampuk pimpinan akan datang akan jatuh kepada orang yang tidak berhak dan orang yang zalim serta tidak mengikut syariat Allah SWT.Sekali lagi persoalan timbul, APA YANG KAMU BAKAL JAWAB DI DEPAN ALLAH BILA MATI NANTI SEKIRANYA KEPIMPINAN TERSEBUT DIAMBIL OLEH ORANG YANG ZALIM DAN BERTINDAK MENENTANG SYARIAT??? Mesti terfikir di fikiran, adakah AKU layak? Persoalan layak sebenarnya tidak timbul kerana kalau difikirkan kelayakan, manusia tidak sesekali layak untuk mentadbir bumi kerana kalau dipersoalkan kelayakan Malaikat lebih layak untuk mentadbir bumi. Jadi persoalan layak atau tidak sepatutnya tidak lagi timbul dan apa yang paling penting manjalankan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

APA TUJUAN?

Glamor?
Dapat Baju Free?
Disegani?
Sijil?
Lain-lain?

Kalau salah satu daripada yang ada di atas menjadi tujuan kita untuk bergiat dalam MPP ini, maka sebelum tarikh pengundian buatlah pengumuman untuk menarik diri kerana khuatir amanah tidak terlaksana dan dosa yang dijana. Tujuan kita memegang amanah ini ialah supaya kita menjadi pemimpin yang mencipta suasana. Seorang pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mencipta suasana (baik) dan bukan dipengaruhi oleh suasana (buruk).Tujuan kita juga adalah supaya pandangan kita didengari walaupun kita tidak berpendapatan sendiri. Kita hendak supaya suara kita tidak memerlukan modal wang untuk ianya diterima. Kita nak kembalikan hak sekiranya perlu. Andai kata kita seorang yang senyap dan tidak langsung berhasrat bergabung menyumbang sedikit masa untuk perkara sedemikian, maka sampai bila pun kita akan menjadi mahasiswa yang hanya belajar,belajar dan belajar apa yang diajar. Sahabat-sahabat dan teman-teman, ilmu ini tiada dalam bilik darjah, ilmu ini tidak diajar dan ilmu Allah itu luas bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

Jadi sama-sama kita renung dan muhasabah diri kita semula serta perbanyakkan istikharah supaya segala tindak tanduk berada dalam rahmat Allah SWT. Ini adalah sekadar pandangan peribadi dan saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bakal bertanding di seluruh IPT amnya dan UMP khususnya dan juga anggota jentera yang bakal bekerja. Kurangkan perkara yang tidak perlu dan fokus kepada pembentukan kabinet MPP yang berkualiti dan berjenama.
Wallahualam....


SALMAN RAZENI
Trainee of
MLNG Bintulu
SARAWAK.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah..Article yang sangat baik.Saya hargai pandangan sdr Salman mengenai MPP n etc.

InsyaAllah kita cuba sedaya upaya utk murnikan kembali hasrat utk menjadi Pemimpin Mahasiswa di UMP terchinta ni.

Mahasiswa Peduli