Assalamualaikum wbt...
Tentunya ada yang tergamam dan tertanya tanya mengenai tajuk di atas tu. Sebenarnya saje je supaya ramailah yang membaca...he2. Kadang-kadang tajuk memainkan peranan penting dalam penulisan. Tengok contoh hari ini, surat khabar, Melodi, dan sebagainya, sebenarnya yang menghangatkan mereka semua adalah tajuk yang agak panas.
PRK
Sebenarnya ana ingin menulis berkaitan dengan PRK atau Pilihanraya Kampus. Tentunya bahang tersebut sudahpun terasa di kebanyakan IPTA dan ana khususkan kepada UMP.Walaupun ana dah tak berada dalam universiti lagi tetapi roh dan jiwa masih teringin untuk memberi perhatian. Biarlah orang nak kata, sudah-sudahlah man....tapi bagi ana, perjuangan tidak mengenal pangkat, tidak bertempoh atau bermusim kerana perjuangan yang lesu adalah diibaratkan seperti hangat-hangat tahi ayam.
Untuk PRK tahun ini, ana ingin mengambil kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat bertanding dan memulakan perjuangan kepada semua calon-calon yang bakal bertanding. Khabarnya kerusi yang dipertandingkan di UMP adalah sebanyak 21 kerusi dan ada sahabat berkongsi dengan ana betapa susahnya nak memilih kerana semuanya kawan yang dikenali dan agak rapat. Cuma satu nasihat ana, dalam ilmu dan perihal kepimpinan ia sepatutnya tidak mengenal saudara, kawan, ahli keluarga atau daerah mana dia datang. Tanggungjawab kita yang memilih sebenarnya jauh lebih berat daripada mereka yang bertanding. Mungkin hanya kerana kesilapan ketika menekan butang, kita boleh mengubah keputusan dan orang yang dipilih tidak mampu melaksanakan amanah yang sudah kita berikan.
Kenapa PERLU Mengundi?
MENGUNDI? perlu ke? Kita sudah matang dan JANGAN DIPERSALAHKAN mana -mana pihak suatu hari nanti ada masalah dalaman kampus yang berlaku dan tiada siapa yang mewakilkan pelajar hanya disebabkan tiada MPP. Sebab itulah kita semua perlu mengundi. "Takpe orang lain dah ada yang turun"... Alhamdulillah, ada yang turun. Cuba renung sewaktu kita lafazkan ayat itu bahawa ada yang dah turun, cuba tanya berapa orang yang turun? dan sematkan dalam hati kita semua kalau mereka mampu turun sekurang-kurangnya mereka sudah menunaikan tanggungjawab, kenapa aku tidak? dan yang terakhir cuba kita bayangkan kita di pihak badan pentadbir yang sudah berpenat lelah menyediakan peralatan dan kelengkapan untuk proses pengundian tapi tiada siapa yang datang menggunakan perkhidmatan itu, tentunya hati kecil kita akan sedikit terguris dan mungkin semangat akan luntur. Cuba kita renung kita berada dalam keadaan tersebut. Dalam kehidupan ini, tidak semua perkara yang baik adalah terbaik untuk kita dan kekadang perkara yang buruk itulah yang terbaik untuk kita. Persoalan-persoalan ini ana timbulkan bukan kerana ana berpengalaman. Jauh di sudut hati untuk tunjukkan kelebihan diri yang hanya sedikit ini. Persoalan ini ana utarakan untuk renungan kita semua bersama.
Ana doakan semuanya berjalan dengan lancar dan peratusan yang turun mengundi adalah yang tertinggi pada tahun ini. Kepada semua mahasiswa/i pilihlah yang terbaik. Kalau susah nak pilih, baca balik kisah-kisah nabi bagaimana kepimpinan dipilih dan ambil pengajaran. kepada calon-calon, banyakkan berdoa dan yang paling penting, betulkan niat anda semua sebagaimana ana nyatakan pada tajuk sebelum ini. Dan terakhir pada jentera PRK, terima kasih dan semoga Allah permudahkan usaha kalian semua.
No comments:
Post a Comment