Tuesday, December 30, 2008

HIJRIAH Vs. MASIHI.....Who will win???

Salam maal hijrah dan salam tahun baru kepada semua sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian......kita sama-sama renungkanlah tajuk di atas agar dapat mendidik jiwa kita untuk senantiasa bermuhasabah dan menyingkap dosa-dosa kita yang lalu....

Saturday, December 27, 2008

Hidup untuk Belajar @ Belajar untuk Hidup?

Hidup untuk Belajar @ Belajar untuk Hidup?
By: As-Sarawaki

Dalam era dunia yang serba mencabar kini, mampukah sistem pendidikan yang kita ada sekarang seiring dengan perkembangan semasa dalam memenuhi tuntutan nafsu yang kian memuncak?
Persoalan di atas membawa kita kepada tajuk yang saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian.Sistem pendidikan yang kita ada sekarang adalah salah satu warisan penjajah yang hanya tertumpu kepada kemajuan lahiriah tanpa mengambil serius perkembangan naluriah yang mana pendidikan naluriah inilah adalah penawar yang paling mujarab bagi menangani isu gejala sosial di sekolah yang kian meruncing.
Apa itu pendidikan naluriah?
Selama ini, pendidikan tentang subjek agama islam hanya diletakkan sebagai subjek sampingan dan bila perkara sebegini berlaku, pada minda masysarakat sudah tertanam bahawa agama adalah bukan kepentingan utama tetapi hanyalah sebagai pelengkap dan keperluan sisi sahaja tidak seperti subjek-subjek lain seumpamanya matematik dan sains. Sepatutnya, sains dan matematik seharusnya seiring berkembang dengan pendidikan agama kerana islam itu sendiri tidak pernah memisahkan kehidupan(agama) dengan sains dan ilmu-ilmu yang lain.
Apa masalahya dengan sistem pendidikan kita sekarang sehingga menyebabkan ianya menjadi salah satu faktor berlakunya gejala sosial di sekolah amnya?
Sebenarnya, bukan subjek sains yang bermasalah.Bukan matematik yang ada masalah tetapi susunan dan keutamaan yang dipraktikkan dalam sistem itu sendiri. Sesungguhnya nabi Muhammad ada berpesan semasa khutbah terakhir baginda bahawa pegangan umatnya cuma ada dua sekiranya ingin berjaya di dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Sebenarnya inilah masalahnya.
Sidang pembaca yang saya hormati sekalian,apa yang Islam ajar itulah yang ada dalam Al-Quran.Gejala sosial yang berlaku tidak lain dan tidak bukan kerana ilmu Al-Quran itu dijadikan subjek sampingan tetapi bukan subjek utama.Usah kita bersusah payah mencari penawar bagi masalah sosial ini kerana Allah SWT telahpun menyediakan penawarnya iaitu dua panduan itu tadi cuma kita sahaja yang tidak nampak akan keperluannya.
Apa syor anda?
Tidak perlu kita meniru formula barat dan penjajah untuk mengatasi masalah ini.Tepuk dada tanya iman.Saya yakin dan percaya golongan cendikiawan di Malaysia sudah mencukupi untuk memikirkan penawar terbaik untuk menangani masalah ini.Kenapa kita tidak kita gunakan mereka?Kenapa setiap kali memberikan cadangan untuk kepentingan bersama harus dipolitikkan?Ini tidak patut.Dalam sesetengah perkara sikap atau semangat kepartian perlu dipersisihkan.Dalam hal sistem pendidikan ini, saya menggesa pihak cendikiawan bergabung tenaga dan idea mencari cara terbaik membetulkan sistem pendidikan kita dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Subjek agama jangan kita sisihkan dan jangan dinafikan kepentingannya.Sepatutnya ia dijadikan pendidikan yang sama pentingnya dengan sains dan matematik malah lebih daripada itu kerana agama adalah kehidupan dan kehidupan harus dipelajari dengan serius dan menjadi subjek utama yang perlu semua orang lulus dengan cemerlang.Kalau tidak mampu lulus dengan cemerlang maka tidak layak baginya untuk hidup kerana saya ulangi sekali lagi subjek agama itu kehidupan.Hidup untuk belajar@ belajar untuk Hidup...Renungkan bersama.

Pendidikan Islam Gred D pun OK!

Pendidikan Islam Gred D pun OK!
By: As-Sarawaki
Ku membelek telefonku yang berbunyi
Kusangka teman sama negeri
Bila dibuka SMS di jari
Rupanya temanku dari universiti

Nukilannya kubaca dengan teliti
Membacanya sehingga 2, 3 kali
Namun dirasa tiadalah rugi
Kerna dibaca dengan naluri

Isinya kurenung dan kutatapi
Terfikir sejenak sedih sekali
Disoalnya pula pendapat sendiri
Sistem pendidikan yang tidak dikemaskini

Sudah lama ingin kubicarakan
Berkaitan dengan sistem pendidikan
Kemana harus aku luahkan
Pendapat kami budak hingusan
Tiada siapa yang berkesudian
Namun ku yakini Adilnya Tuhan
Dia penentu segala kejadian

Pendidikan Islam disisihkan
Tidak lagi menjadi keutamaan
Pada mereka yang membutakan
Mata hati dunia sudah kaburkan
Anak-anak hanya mengikut
Belajar sahaja apa yang disebut
Bila dewasa jadi serabut
Terdedah dengan perkara karut

Sains matematik subjek utama
Lantas meminggir ilmu agama
Pendidikan Islam gred D pun tak apa
Asal ujian boleh jawab belaka

Inilah seloka yang berlaku kini
Pendidikan agama hanya di sisi
Tidak difikir oleh menteri
Kerana pelajaran hanya untuk diuji

Habis UPSR aku masuk ‘secondary’
Habis ‘secondary’ aku ke matrikulasi
Lulus cemerlang terus ke universiti
Tempat untuk aku berjoli-joli
Tiada mak ayah nak kawal diri
Aku bebas pergi sana sini

Inilah sistem pendidikan hari ini
Yang belajar tujuan diuji
‘secondary’, matrikulasi dan universiti
Tertinggal tahap yang paling tinggi
Bukan doktor mahupun PhD
Tapi tahap mengingati mati

Apa bekalan menuju mati?
Menteri jawab kita sudah kaji
Sampai bila aku pun tak reti
Gejala sosial mari dan terus mari
Anak-anak bertari menari
Biar perempuan mahupun laki-laki
Bercampur aduk serba dan serbi
Walaupun bukan laki dan bini

Kembalilah kita pada Al-Quran
Ia bukan ciptaan bukan-bukan
Tapi amanah dari Tuhan
Kalau kita tidak berkemampuan
Silakan berundur tukarlah kerajaan.

Monday, November 10, 2008

Aku merdeka 'final exam' ku dah habis !!!


Merdeka????

Alhamdulillah...Maha suci Allah yang telah melancarkan segalanya dan yang telah membenarkan ana mengambil ujian dengan tenag dan selesa walaupun ranjaunya amat dahsyat... Tapi persoalan kepada kita, adakah ujian itu adalah ujian yang sebenarnya??? Bagi ana yang hina dan kerdil ini, ana yakin ini bukan satu ujian sebenarnya tetapi hanya satu penilaian semata-mata. Bila kita berbicara tentang ujian, yang sebenarnya dikatakan ujian ialah apabila kita berjaya melawan hawa nafsu kita untuk menentang maksiat dan kemungkaran.Sekiranya kita berjaya dalam ujian ini, nescaya itulah penilaian yang tertinggi sekali dan insyaAllah kita akan mengetahui keputusan itu nanti dalam keadaan yang luar biasa....Amiiin. Jadi bagi rakan-rakan yang dah habis peperiksaan, ujian kita bukannya habis, tetapi ia akan berterusan sehingga kita dapat keputusannya di hari akhirat.Sebagai peringatan untuk diri ana sendiri dan juga untuk sahabat/ah ana yang lain, jangan kita leka dengan perkataan dunia yang memberitahu kita inilah ujian terakhir. Kalau sebelum ujian lepas kita boleh istiqamah solat hajat, maka begitu jugalah sepatutnya yang berlaku selepas ini.Kalau sebelum ini kita boleh bangun malam dan berjaga kerana ilmu Allah, maka nescaya mustahil kita tidak boleh berbuat demikian untuk agama Allah SWT... Akhir kalam, ana mengucapkan semoga kit semua mendapat kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.Ana juga berdoa kepada Allah supaya para penyemak jawapan kita nanti dilembutkan hatinya oleh Allah SWT untuk menyemak kertas jawapan kita dengan tenang dan diberi hidayah....Amiiin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, November 8, 2008

Sekularisme...???

S.E.K.U.L.A.R.I.S.M.E

Salam perkongsian kepada semua pembaca...
SEKULARISME.....satu perkataan yang kita sering dengar dan saban waktu menjadi bualan dan bahan bicara sama ada sahabat kita, guru kita dan sesiapa sahaja yang ambil cakna mengenainya....Namun, adakah kita betul-betul mengahyati maksud dan erti yang tersirat di sebalik perkatan tersebut...

Menurut fahaman kita yang serba kekurangan ini, sekularisme sepertimana kita biasa dengar dikaitkan dengan memisahkan agama dengan kehidupan.Jika dikaji, sungguh dalam maksudnya...Kita sendiri tidak mampu mentafsir hatta diri sendiri samada adakah kita ini benar-benar terlepas dari fahamn ini...Acap kali bila dibincang mengenai sekularisme, kita membicarakan tentang negara yang terlibat dengan fahaman ini, kita serig mengaitkan dengan politik, amalan-amalan pemimpin dan sebagainya...

Namun, apa yang diri yang kerdil ini kongsikan ialah adakah kita perasan dan mengetahui bahawa hakikat sebenar kita pada hari ini ramai yang melaksanakan fahaman ini.Kenapa saya berkata demikian???
Dalam menyebut perkara berkaitan dengan sekularisme, kita jangan terlalu memandang perkara yang besar seperti negara, politik semata-mata dan sebagainya.Sebaliknya kita utamakan merujuk kepada individu kita sendiri.Sebenarnya kita sering melakukan amalan sekular...????

Kita lihat maksud sekular = memisahkan kehidupan dengan agama...???
Contoh dalam bab makan, masuk tandas, tidur, belajar, berpakaian, dan lain-lainnya...
Adakah kita mengikut sepenuhnya apa yang Al-Quran serukan?Adakah kita ikut sepenuhnya apa yang agama gariskan kepada kita?Nak makan, adakah setiap masa kita baca doa dan bukan waktu ingat sahaja?Masuk tandas, adakah baca doa terlebih dahulu dan masuk dengan kaki kiri?Adakah kita mengamalkan sunnah dan panduan dalam Quran untuk kehidupan seharian....

Maka sebab itulah kita boleh katakan yang kehidupan kita seharian adalah sedikit sebanyak mengamal dan setuju dengan fahaman ini.....Jadi, sama-sama kita berfikir dan beristighfar agar kita diber hidayah untuk berubah dan terus mengajak masyarakat kita ke arah 'zero sekular' dan zero fahaman-fahaman pelik ini.....

Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam penyampaian kerana tujuan utamanya adalah untuk pendidikan kepada diri yang menaip ini sendiri...Wallahualam....

Saturday, November 1, 2008

Friday, October 31, 2008

Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan

Dalam kesibukan belajar di minggu persediaan ni sempat juga untuk kita menambah koleksi posting di blog masing.Ingat!!!!...semua itu atas izin Allah SWT.

Sempena dengan peperiksaan akhir ini, saya mengucapkan semoga berjaya kepada semua sahabat/ah yang bergelar pelajar yang akan menjalani peperiksaan akhir kalau UMP akan bermula pada minggu hadapan.
Saya alhamdulillah semenjak menyerahkan tugas sebagai YDP kepada adik saya suffi, bebanan itu diringankan sedikit oleh Allah SWT tetapi sebagai hamba Allah yang percayakan Kehidupan, sebenarnya beban atau amanah ada di mana-mana.
Kesemptan ini juga saya memohon ribuan kemaafan daripada semua sahabat atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang pernah saya lakukan selama antum mengenali diri yang hina dan penuh kekurangan ini.
Dan mohon juga agar dipanjatkan sekali doa antum dalam solat utk kesejahteraan ana dalam final kelak.
GOOD LUCk to all and may Allah bless all of us.....

Monday, October 27, 2008

Uian,ujian,ujian untuk pejuang...

Salam pertemuan sekali lagi...
Setelah lama menyepi kerana tidak berkesempatan menulis, dan setelah baru sahaja bergelar mantan.mantan tak mantan jangan jadi santan cepat basi.Perjuangan kita bukan perjuangan yang basi yang hanya berjalan terus menerus dan berhenti kerana kehabisan kontrak.Itu bukan perjuangan tetapi menuruti kontrak semata-mata.
Dalam PRK yang lalu, banyak mengajar saya erti kehidupan.Mengajar erti siapa kawan dan siapa lawan.Namun Allah tetap di hati.Itu semua ujian.Kita tahu...
PRK juga megajar saya bagaimana perasaan orang yang difitnah dan bagaimana ragam manusia yang bisa berubah kerana hasratnya tidak tercapai.Namun, kita tidak mampu menafikan semua itu.ragam manusia bermacam jenis.
Fitnah adalah lumrah dalam kehidupan.Ada yang mengatakan kita tali barut.Ada yang mengatakan kita tidak telus.Ada yang mengatakan kita tidak jujur.Ada yang mengatakan kita hanya petah berata-kata.Alhamdulillah, semua itu pujian bagi Allah kerana mengutuskan ujian sebegini kepada kita dengan niat kita fikiran semua itu balasan Allah terhadap dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan.
Ujian,ujian,ujian...
Tidak lama lagi, kita akan menempuhi satu lagi ujian dunia yang bagi saya hanyalah ujian kecil tetapi ujian yang paling besar ialah bagaimana Allah menguji kita untuk mengawal hawa nafsu sama ada nafsu makan,minum, berhibur, nafsu mengumpat,memfitnah dan banyak lagi nafsu yang mana tidak akan puas sehingga ke hari kiamat.
Kepada MPP 08/09 yang baru ini, saya akan sentiasa mendoakan antum semua walaupun apa pandangan orang sekalipun terhadap kita, jangan rasa terhina tetapi rasalah diri ini hina kerana tidak menyumbang apa-apa ke jalan Allah SWT.Fitnah dan kata-kata pedih ini adalah lumrah kepada seorang pejuang.
Kepada yang lama, muhasabah diri sebaiknya kerana pejuang yang munafik akan berjumpa Allah dalam keadaan yang hina.
Sekadar itu sahaja untuk kali ini.Ada masa menulis, kita bersua lagi.Wallahualam...

Thursday, September 11, 2008

Menghitung detik-detik akhir perjuangan...

Dalam perjuangan, sebenarnya tiada titik noktahnya.Yang hanya berhenti hanyalah gelaran...Ada apa pada gelaran???Kita renung bersama adakah berjuangnya kita disebabkan gelaran semata-mata?adakah berjuangnya kita kerana wang?berjuangnya kita kerana kemewahan?
Jika gelaran, wang dan kemewahan menjadi titik tolak perjuangan kita, maka kita berjuang setakat gelaran kita tamat.TETAPI bila berjuang kerana melawan kemungkaran, nescaya perjuangan itu tidak akan terhenti malah ianya perjuangan hakiki.
Tanggal 2 Oktober 2008 akan datang...MPP UMP 07/08 akan tamatlah kontraknya sebagai pimpinan MPP kampus UMP.Di sana nanti kita lihat siapa pejuang siapa penyerang.Pejuang ialah seorang yang terus menerus membantu mengkikis kemungkaran.Dan penyerang hanya bergerak sekiranya diminta oleh orang yang ada gelaran....Saya meyakini MPP 07/08 bukan penyerang...InsyaAllah.
Sempena detik-detik akhir pimpinan kami pada tahun ini, saya mewakili semua perwakilan menyusun jari sepuluh memohon keampunan & keredhaan Allah SWT dan juga kemaafan daripada seluruh rakan-rakan kami warga UMP khususnya dan juga semua sekali 'associates' UMP yang begitu menyokong perjuangan kami selama ini.Kami tidak mampu memberi semua apa yang diingini, tetapi ambillah kesilapan yang kami lakukan sebagai pengajaran berharga buat kalian.
Menyentuh berkaitan JANJI??? Seingat kami di zaman penyampaian manifesto yang lalu kami malah ditegah untuk menggunakan perkataan JANJI...tetapi terpulang kepada pemerhatian rakan-rakan.Andai kami dinilai sebagai tidak bertanggungjawab, HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG HAMBANYA KERJAKAN.....jika kami dipandang seperti lambat dalam gerak kerja....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PERKASA DAN TIADA DAYA PADA HAMBANYA SETARAF DENGANNYA......dan jika kami dipandang sia-sia, MAKA BALASAN ALLAH YANG BAKAL DITERIMA....Na'uzubillahi minzaalik....
Sekali lagi kami memohon seinfiniti kemaafan atas segala kekurangan dan semoga kerjasama kita selam ini akan senantiasa berterusan....WALLAHUALAM.

Friday, August 29, 2008

31 OGOS 1957 Tarikh keramat...

Salam Kemerdekaan!!!
Disingkapi kisah Rasulullah SAW bagaimana mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Quraisy.....Namun, bezanya dengan merdeka kita hari ini, kita hanya merdeka dari jajahan British tetapi tidak pernah sekali kita merdeka dari kepompong anutan kepada pembawakan pengaruh barat yang jahil lagi tiada bertepatan dengan syariat dan akidah.
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Laungan yang bakal kita dengari saban tahun, tahun demi tahun...namun pernah kita dengar seruan atau laungan Islam kembali gemilang atau sahsiah kembali gemilang...
Inilah...inilah kesilapan terbesar umat manusia sekarang. Terlalu mengagung kemerdekaan dari penjajah sedangkan kita semua tidak mengerti kemerdekaan yang hakiki...

Walaubagaimanapun....kita seharusnya bersyukur dengan nikmat terbesar Allah kurniakan di mana tidak semua merasainya....di samping kemerdekaan ini juga, kita jgn lupa tarikh 21 OGOS di mana peristiwa al quds berlaku.Satu peristiwa yang juga dalam proses menuntut kemerdekaan.Sama-sama kita berdoa untuk saudara kita di sana yang mengharapkan keadaan sama seperti kita.....

Akhirnya saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakan-rakan dan seluruh warga UMP khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya....
SELAMAT HARI MERDEKA ke 51 2008

Monday, August 25, 2008

26 OGOS 2008

Tanggal tarikh ini, kita semua sedia maklum, satu pilihanraya kecil yang mampu mengubah keadaan nasionalisasi Malaysia.Mahasiswa yang berfikiran intelek sekalian, kita diberi oleh Allah SWT akal dan fikiran menilai yang mana benar yang mana batil.Kita sama-sama doakan supaya kebenaran ditunjukkan dna kebatilan uga ditunjukkan oleh Allah supaya kita mengharapkan kita tidak hidup dalam kehinaan dan dosa noda.Amiiin...Ya...Rabbal...Alamin...

eXpoconvo 08

Dengan lafaz yang mulia Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Rasa syukur dan tawadduk kita sandarkan ke hadrat Allah SWT yang telah membenarkan kejadian itu berlaku dengan jayanya.
Kepada semua sekretariat eXpoconvo 08 yang saya kagumi sekalian, tahniah dan ribuan serta jutaan terima kasih kami MPP ucapkan atas pengorbanan serta penat lelah anda semua menjayakan eXpoconvo 08 pada kali ini.Perlu kita semua ingat, semua ini tidak akan berlaku tanpa keizinan dari Allah SWT.
Cuma apa yang terkilan di hati adalah takdir Allah yang tidak kita jangka menyebabkan program kita mungkin sedikit lari dari misi sebenar mungkin kerana kealpaan kita memuhasabah diri dan mengingatkan antara satu sama lain.
Saya mengharapkan kejadian yang sam-sama kita tidak ingini itu dijauhkan oleh Allah SWT daripada kita.InsyaAllah...
Sekali lagi terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua dan sepatutnya kita telahpun melakukan sujud syukur atas keizinanNya untuk Universiti Malaysia Pahang yang kita sayangi sekalian.

Monday, July 14, 2008

PTPTN @ PTPT...

Berhubung dengan masalah yang pelajar hadapi sekarang, ramai yang tidak mengetahui duit mereka akan dipotong. Merujuk kepada imbasan harakah pada hari ini 15 Julai 2008, memang realitinya begitu. Bukan hendak menyokong atau menghukum mana-mana pihakm tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bersuara dan tinggal di negara demokrasi, kami pelajar pun ada pendirian tersendiri.

Bagi para pelajar, lain-lain hal boleh lagi diusik tetapi bagi hal yang berkaitan dengan duit, JANGAN SESEKALI.

Bagi kami, pemberitahuan awal itu sangat penting dan berguna.sekiranya tiada pemberitahuan awal ianya seperti satu penipuan.
Sama-sam kita muhasabah diri dan berbalik kepada sistem Islam yang sebenarnya.
Wallahualam...

Sunday, July 13, 2008

Saya Mesti Hidup Untuk Islam


Pengakuan beragama Islam bererti saya mesti hidup berdasarkan Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Kalau saya mengaku sebagai seorang muslim ertinya diri saya, rumah-tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah menghayati Islam. Pengakuan itu memaksa saya wajib hidup untuk memperjuangkannya. Seluruh jiwa raga dan kemampuan saya harus diarahkan untuk memperkuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya.

Dalam dunia ini ada tiga kategori manusia:

i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.

Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan "Dahriyyin". Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran sebagaimana berikut:

وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

Yang bermaksud:

Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati.

(Surah Al-An'aam, Ayat: 29).

Allah berfirman:

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Yang bermaksud:

Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

(Surah Al-Jaathiyah, Ayat: 24).

Orang-orang komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekular atau penganut fahaman existensialism juga beranggapan sedemikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah yang mengatakan: "Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia terjadi dengan sendirinya dan akan kekal berterusan sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hakam yang tertentu". Lenin menyatakan: "Ini adalah satu analisis yang indah terhadap dialektik materialism".

Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku malah seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.

ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.

Mereka ini adalah terdiri dari golongan minoriti, akidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa berkat dan restu Allah. Namun mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik.

Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

Mereka ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan yang menganut fahaman kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari upacara-upacara kerohanian. Tepatlah seperti yang dikatakan oleh penyair di dalam sepotong syairnya:

Kita tempungkan kecacatan dunia kita,

Dengan mengoyakkan agama kita,

Akhirnya rosak kedua-duanya,

Baik dunia mahupun agama,

Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalahnya yang bertajuk "Fi Ayyi Nad'un Nas (Ke mana kita ingin menyeru manusia)" menyatakan: "Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuan-tujuan kehidupan manusia ..." Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman Allah:

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ

Yang bermaksud:

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, Ayat: 12).

Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam firman Allah:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Yang bermaksud:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).

Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ. وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ

Yang bermaksud:

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 204 - 205).

Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah s.w.t telah membersihkan orang-orang mukmin daru tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.

iii. Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.

Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Yang bermaksud:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-An'aam, Ayat: 32).

Ekoran dari rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zariyaat, Ayat: 56).

Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. Kemajuan alat-alat rekaan baru seperti kereta, pesawat, kapal terbang, mesin basuh, peti sejuk, alat-alat solek, perabut rumah, pakaian, alat-alat hiburanmalahan ribuan ciptaan yang dioleh kilang perusahaan yang moden dan canggih pada hari ini, semuanya bertujuan memberikan kerehatan, keselesaan kepada hidup manusia.

Dalam konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:

1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.

2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut hendaklah diperhatikan dari segi penyesuaiannya dengan syarak dan akhlak.

Dalam hubungan ini Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia" mengatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong".

Seorang penyair menyatakan:

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan,

Sedangkan segala pemberian adalah ujian,

Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dengan,

Sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian,

Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:

Yang bermaksud:

Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi diram. Celakalah (orang yang) menjadi hamba abdi kepada pakaian".

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Tahniah Fasilitator MINDS 08

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Mewakili kesemua barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 07/08 berbesar hati mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua barisan organisasi fasilitator MINGGU INDUKSI SISWA 2008, MINDS 08 yang telah berjaya merancang dan melancarkan MINDS dengan jayanya.
Hari ini dalam sejarah majlis bacaan ikrar dibuat dengan penuh adab dan protokolnya. Hari ini dalam sejarah jumlah yang ramai hanya memerlukan fasilitator yang sedikit.
Ini menunjukkan komitmen...

Sekali lagi syukran kepada semua dan saya berharap agar segal apa yang kita buat dan lakukan ini mendapat rahmat dariNya dan ukhuwah yang terbina ini diteruskan.Eratkan perpaduan sesama kita dan mohon agar adik-adik kita yang baru ini berjaya di dunia wal akhirah...Wallahualam


Selamat datang kepada Pelajar Baharu 08

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan

Di sini saya mewakili kesemua pelajar kanan Universiti Malaysia Pahang ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah atas kejayaan saudara-saudari melangkah menuju ke menara gading. Kami berharap agar peluang ini tidak disia-siakan unutk kita sama-sama mencapai hasrat kita dan harapan ibu bapa kita di rumah.

Bagi sesiapa yang hanyut, di sini lah dia dan bagi sesiapa yang berubah dan menjaga imannya dengan baik, di sini juga lah tempatnya.itulah kehidupan universiti.Adik-adik, pilihan di tangan kita sendiri.

Yang benar,

SALMAN BIN RAZENI
Yang Di-pertua
Majlis Perwakilan Pelajar, MPP
Universiti malaysia Pahang.
Tel : 019-8058432

Tuesday, May 27, 2008

DoaKu Buat kakanda

Nukilan : Salmanrazeni : 0103 am

khas buat kakandaku yang diuji Allah.


Tenang pantai tiada terusik

Sedang berkhidmat cara yang terbaik

Hati ikhlas untuk mendidik

Tatkala ia diperlukan oleh adik-adik

Kakandaku

Sesungguhnya bahtera pelayaranmu amat sukar

Namun ia mengajar realiti hdup ini

Setiap yang berbakti pasti tidak disenangi

Itulah antara fitrah insan dunawi

Kakandaku

Teruskan berdoa

Doa senjata kita

Dari musuh-musuh yang inginkan kita jatuh

Tidak mengapa…

Itu semua ranting-ranting cabaran

Kerana cabaran terbesar adalah menemu Pencipta

Di hari muka

Tatkala itu

Percayalah kakandaku

Tuhan akan tunjukkan yang mana kopi yang mana madu

Hanya Ia yang tahu

Betapa hati ini runsing

Akan kezaliman yang mungkin tidak nampak

Sedangkan meletakkan yang bukan pada tempatnya

Ialah kezaliman terhadap pengaturan Tuhan

Kakandaku

Kita berpegang pada prinsip

Jangan gusar akan bisikan manusia

Kerana kita yakin

Janjinya pasti bagi mereka yang bertaqwa.

Di mana pun kita…

Pasti berkhidmat untuk agama.

Saturday, May 24, 2008

Hadis ke-40


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

Pandangan sendiri atau Ikut Al-Quran?

Seksi … ?/#$!

Hari ini kita menyaksikan

Satu lagi alkisah menceritakan

Perkara yang mustahak diringankan

Ada pula yang keterlaluan

Ada yang kata yang nipis itu seksi

Ada juga yang turut menafi

Bila ditanya beberapa menteri

Kebanyakan memberi pendapat peribadi

Hari ini kita menyaksikan

Ramai mengambil perkara ini ringan

Tanpa merujuk sunnah dan Al-Quran

Tanpa memikir balasan Tuhan

Punca rogol dikatanya bukan

Cara bersosial itu disalahkan

Tapi kena beringat wahai insan

Zina berpunca pakaian tak sopan

Cara pakaian jangan dipinggirkan

Kerana ia sunnah yang digariskan

Berbalik kita kepada Al-Quran

Supaya selamat sepanjang zaman

Matlamat Perjuangan MPP

Penyokong vs. Pendokong dalam perjuangan

Nukilan : 24 Mei 2008 : 06.08 p.m

Salman Razeni

Di mana anda?

Penyokong sejati atau pendokong setia

Perjuangan yang suci ada kedua-duanya

Matlamat mereka Allah Taala

Tidak hirau apa yang dikata

Ukhuwah terbina di dalam keluarga

Pentingkan diri pemusnah utama

Dalam perjuangan ke jalan yang Esa

Berjuang tidak kira di peringkat mana

Berjuang tidak kira berhadapan siapa

Berjuang tidak kira dengan cara bagaimana

Persoalannya?

Berjuangnya kita untuk siapa?

Berjuangnya kita bermotifkan apa?

Berjuangnya kita sasarannya di mana?

Jangan biarkan iman berkata

Aku sekadar mengikut arahan ketua

Pergi ke sini dan pergi ke sana

Matlamatku kabur entah ke mana

Jangan biarkan hati meronta

Bertemu Allah di hari muka

Dia mengetahui apa segala

Berjuang rela atau berdusta

Jangan dibiar diri kita

Pembakar kepada api neraka…

Berjuanglah dengan rela..

Jangan takut pada tohmah dan cerca

Kerana semuanya adat biasa

Seorang pejuang yang mengharap redhaNya.

Friday, May 23, 2008

7 golongan akan dapat naungan di akhirat

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

· Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

· Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

· Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

· Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

· Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

· Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

· Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera

Kepada semua pembaca blog ini terutamanya warga UMP yang saya kasihi. Tanggal 20 dan 21 Mei 2008 yang lepas kami barisan YDP telah bersidang dan bermesyuarat atas tujuan membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan mahasiswa dan isu-isu semasa. Dalam sidang tersebut kami telah bersetuju untuk menghantar satu resolusi kepada KERAJAAN MALAYSIA berhubung beberapa perkara. Jadi, kita mohon sama-sama agar suara kita didengari dan yang paling penting membantu para mahasiswa terutama dari aspek kebajikan. Saya yang mewakili UMP berharap agar resolusi ini menjadi titik tolak kepada perubahan hidup mahasiswa di UMP terutamanya. Antara perkara yang di"highlight" dalam resolusi tersebut termasuklah isu PTPTN, isu berkaitan AUKU, berkaitan internet, sensitiviti agama, bantuan Myanmar dan Sichuan, berkaitan kebajikan mahasiswa dari sudut harga barang naik dan lain-lain.


RESOLUSI PERSIDANGAN YDP-YDP MALAYSIA

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA


OBJEKTIF RESOLUSI

1. Menyatakan pendirian mahasiswa berhubung dengan beberapa isu.

2. Meminta pihak kerajaan menilai resolusi ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3. Memberikan cadangan kepada pihak kerajaan berkaitan beberapa isu.

4. Memastikan kebajikan mahasiswa terbela.

5. Memohon sokongan daripada pihak kerajaan atas cadangan yang dibangkitkan.


** Resolusi boleh dilihat di ruangan "announcement board" dalam e-community UMP.(tarikh 24 Mei 2008)


Sekian,

( SALMAN BIN RAZENI )

** Atas kebenaran/persetujuan YDP-YDP IPTA seluruh Malaysia.

Yang Dilihat Prestasinya

Nukilan :24 Mei 2008 : 0620 am

Amanah…

Kata hikmah yang sering aku pegang

Tidak kira malam tak kira siang

Penat lelah tidak pernah terbayang

Hanya kerana menjalankan apa yang sudah dipegang

Bukan jawatan yang dipandang

Kerana tugas ini tiada berwang

Hanya niat yang jelas yang Allah pandang

Prinsip tersebut tidak pernah hilang


Tatkala individu lain bergelar pelajar bersama keluarga

Kami tiada itu semua

Hanya memikirkan masalah yang tiba

Supaya orang lain tidak bertanya

Adakah engkau tidak buat kerja?


Namun…

Aku yakin dan percaya

Kerja ini kubuat bukan kerana manusia

Bukan kerana nama

Bukan kerana harta

Kerana ku pasti janjiNya ada

Biar manusia lain buta

Dilhatnya aku tidak bekerja

Asalkan dihitung nilai di sisiNya


Terkadang terasa diri terhina

Oleh kata-kata yang tidak berpunca

Bila ditanya apa masalahnya

Tiada pula jawapan untuknya


Tapi ana yakin ana percaya

Kalau jawatan yang diutama

Beberapa bulan lagi ianya bakal tiada

Jika harta ukuran pencapaian

Tiada satu sen pun yang pernah ana ada

Jika nama menjadi tujuan

Ia sebenarnya penghinaan bagi ana di dunia

MasyaAllah…


Mata penaku yang terakhir

Ana bermohon dan bersujud

Kita muhasabah dan bertahajjud

Sama-sama menghargai satu dengan yang lain

Keharmonian bersama janjiNya mungkin

PULAU OH PULAU

PULAU...OH...PULAU

Nukilan: 23 Mei 2008 : 12:15 PAGI

Hari ini hati berkecamuk

Tsunami terus bergolak

Menanti keadilan yang tertegak

Dalam keadaan yang tiada teragak


Namun aku sudah tahu segalanya

Corak rezeki negaraku Malaysia

Terkadang dihimpit perasaan hiba

Apakan daya tiada berkuasa

Hanya menyaksi berlaku fenomena


Hampir separuh perjalanan tahun

ICJ bersidang beberapa kurun

Membangkit hal ehwal tamadun

Sidang jelata menjadi gerun

Menanti hak rakyat serumpun


Di mana salah di mana silap

Pulau berdaulat kininya lesap

Ibarat masuk angin keluarnya asap

Pening kepala peguam nak jawab


Namun segala takdir penentu

RancanganNya jelas sudahlah tentu

Biar kita semua tak tahu

Hikmahnya pasti ada di situ

Kita hanya menunggu…


Janganlah bongkak wahai manusia

Kerana kita hanya pandai berbicara

Pernah ditanya apakah kerja?

Sumbangan kita untuk agama.